CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Mengikuti Pelajaran Secara Dalam Talian Dan Bukannya Pergi Ke Sekolah" - Jamal Abdillah Pelik Zaki Yamani Rahsiakan Keputusan SPM

5-8-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19410| Komen: 51




Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 65, masih tertanya-tanya mengenai tindakan anak lelakinya, Zaki Yamani yang merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga ke hari ini.

Memetik BH Online, Jamal berkata anaknya itu hanya membisu apabila diajukan soalan mengenai keputusan peperiksaannya itu namun tetap bersikap terbuka sekiranya keputusan kurang memuaskan.

“Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya.  Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu.

“Sebagai bapa saya faham, dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.

“Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar.


“Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas,” katanya.



Sementara itu, Jamal turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Zaki baru menjalani temu duga untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.

“Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya.

Sebelum ini, Zaki berkata dia lebih selesa menyimpan perkara itu sebagai privasi miliknya dan ada menerima tawaran daripada beberapa IPT namun belum membuat keputusan kerana masih menunggu tawaran daripada UiTM merupakan idamannya.

Apapun, rasanya boleh periksa keputusan SPM dengan di atas talian dengan memasukkan nombor kad pengelanan.




Sumber :  BH Online












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-8-2024 08:48 AM
waaa berahsia betul ko dik non..
tp tu dh p intrbiu kat uitm ok laa tu..
cuma tgu layak utk di terima/tidak jer laaa pasni..
insyaAllah.. boleh ni, kipidap Zaki
Quote lasagna 5-8-2024 08:48 AM
waaa berahsia betul ko dik non..
tp tu dh p intrbiu kat uitm ok laa tu..
cuma tgu layak utk di terima/tidak jer laaa pasni..
insyaAllah.. boleh ni, kipidap Zaki
Quote airmineral 5-8-2024 09:03 AM
Ko as bapa xkan xtau ic anak?
Quote akies 5-8-2024 09:05 AM
Takkan si bapa taktau ;
Maybe dia nak anak dia sendiri yg dedahkan result sendiri
Quote Suchi 5-8-2024 09:07 AM
airmineral replied at 5-8-2024 09:03 AM
Ko as bapa xkan xtau ic anak?

Mungkin dia nak anak dia bitau sendiri

Budak tu berahsia ngn semua org ke? Ngn abang dia pun tanak bitau gak ke
Quote airmineral 5-8-2024 09:52 AM
Mungkin org2 tu dirasakan tak penting..
Quote limau_lemon 5-8-2024 10:11 AM
Sbb apak dia hanya bg nafkah Zahir aka Wang ringgit. Yang lain yillek Kan..dia rasa xpenting la tu nk bgthu
Quote fattymah 5-8-2024 10:19 AM
Uitm tak masuk lagi ke.. hat asasi dengkil minggu lepas dah daftar
Retis khuenz.. baik p ipts je.. apak ko kan jutawan
Quote codenamedream 5-8-2024 10:21 AM
Dah dapat interview untuk uni.
Oklah tu result anaknya.
Quote codenamedream 5-8-2024 10:22 AM
Dah dapat interview untuk uni.
Oklah tu result anaknya.
Quote sangbara2020 5-8-2024 10:38 AM
kekwatnya ko....xde la bagus mn kot xnk bgtau
Quote Prickford 5-8-2024 10:46 AM
fattymah replied at 5-8-2024 02:19 AM
Uitm tak masuk lagi ke.. hat asasi dengkil minggu lepas dah daftar
Retis khuenz.. baik p ipts je.. a ...

UiTM music bagus. Equipment cukup & tenaga pengajar sangat2 profesional. Ada yg praktikal pon dgn M.Nasir. Fakulti yg sangat aktif.

Quote fattymah 5-8-2024 11:01 AM
Prickford replied at 5-8-2024 10:46 AM
UiTM music bagus. Equipment cukup & tenaga pengajar sangat2 profesional. Ada yg praktikal pon dgn  ...

Maceh gitau ya.. ilmu baru untuk kaka ni.. ingatkan aswara tu bagus dah
Quote pocongkiutss 5-8-2024 11:03 AM
Masa kecik2 bg nafekah tak kat anak tu atok?? Ko mmg kamceng dgn dia ke tak?? Kalau jawapannya tidak..sundiri pikir le
Quote TabletSusu 5-8-2024 11:34 AM
dpt jgk tawaran bbrp IPT, kira ok lah tu result dia
Quote TabletSusu 5-8-2024 11:34 AM
dpt jgk tawaran bbrp IPT, kira ok lah tu result dia
Quote imanamsyar 5-8-2024 12:22 PM
limau_lemon replied at 5-8-2024 10:11 AM
Sbb apak dia hanya bg nafkah Zahir aka Wang ringgit. Yang lain yillek Kan..dia rasa xpenting la tu n ...

hati jahat i pun rasa cenggitu..kalau masa zaman membesar xde emotional attach, so sbb tu dia rasa xpenting nak beritahu kot..

and bapak rasa entitled nak tahu sbb rasa dia bapak.. dan lagi satu kalau result anak cemerlang,gemilang,terbilang, blh la eksen kat kengkawan yang anak nya bijak..

btw, hensem budak ni..amik gene bapak..
Quote yangsemb 5-8-2024 01:15 PM
Like no direct communication jerrr..
Quote yangsemb 5-8-2024 01:20 PM
fattymah replied at 5-8-2024 10:19 AM
Uitm tak masuk lagi ke.. hat asasi dengkil minggu lepas dah daftar
Retis khuenz.. baik p ipts je.. a ...

Kan..banyak duit boleh je ke ipts
Btw, yg asasi dengkil tu pre u intake, takde asasi for music rasanya.
Or maybe he apply for diploma, lambat sikit tarikh masuk - sep or oct..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.263337 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top