CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Malaysia Tersenarai Antara Tercantik Di Asia, Kalahkan Singapura, Thailand & Indonesia

5-8-2024 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15185| Komen: 60




Baru-baru ini, satu kaji selidik yang dibuat oleh laman web kewangan, Insider Monkey,  wanita Malaysia telah disenaraikan sebagai antara yang tercantik di Asia.

Berada di tangga ke enam dalam kalangan 20 negara, Malaysia mengumpul sebanyak 0.75 mata dalam kaji selidik tersebut.

Melalui laporan tersebut, wanita di Malaysia masuk dalam senarai wanita paling cantik di Asia dan mengalahkan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Difahamkan, senarai yang dikeluarkan mengikut pendekatan yang berbeza bagi menentukan negara mana yang mempunyai wanita tercantik di Asia.

Sementara itu, antara negara yang tersenarai dalam Top 10 wanita tercantik dia Asia adalah Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Filipana, Iran, Malaysia, India, China, Singapura dan Thailand.

Berikut merupakan skor dan kedudukan 20 negara asia yang lain:


1- Korea Selatan – 1.0
2- Jepun – 0.95
3- Vietnam – 0.9
4- Filipina – 0.85
5- Iran – 0.8
6- Malaysia – 0.75
7- India – 0.7
8- China – 0.65
9- Singapura – 0.6
10- Thailand – 0.55
11- Indonesia – 0.5
12- Hong Kong – 0.45
13- Macau – 0.4
14- Bhutan – 0.35
15- Taiwan – 0.3
16- Kazakhstan – 0.25
17- Sri Lanka – 0.2
18- Pakistan – 0.15
19- Myanmar – 0.1
20- Laos – 0.05

Negara Malaysia telah dipilih untuk duduki tangga keenam dalam senarai tersebut susulan mempunyai kepelbagaian etnik terdiri daripada Melayu, Cina, India dan kumpulan pribumi lain, yang menghasilkan gabungan wajah yang menawan serta standard kecantikan.

Menurut Insider Monkey, Korea Selatan dan Vietnam merupakan antara negara yang popular dengan prosedur pembedahan plastik.


Sumber :   Insider Monkey 











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 5-8-2024 09:00 PM
Kahkah. Yg vote ni org Asia gak kerrr. Mmg la jepun dgn korea tu kat atas.. sbb putih..
Quote crinklecut 5-8-2024 09:39 PM
macam mana singapore boleh no9? kalahkan thai & indon.. ioll selalu msok spore..tak pernah rasa awek melayu ke cina spore lawo..awek2 msia thai & indon memang banyak lawo2   nak2 kalau pergi area bandar..
Quote cm_vungtau 5-8-2024 10:10 PM
Aku ler tu yang lawa bebenor tu
Quote MissYouSayang 5-8-2024 10:12 PM
Mesti setakat tgk mek2 klate yg gebu terus cop tercantek..
Quote scorpionkiki 5-8-2024 10:19 PM
Bila saja ada nama korea sbg no 1, i dah tau ni list karut. Org korea antara plg buruk i jumpa. Jepun pulak elok perempuannya
Quote Farnor 5-8-2024 10:47 PM
@trisnalovezul lho dulu amat sombong sih suka iri sma wanita malaysia. Ternyata Malaysia sekarang berada berada di top list asia. Syukur alhamdulillah.
Quote kemaruk 5-8-2024 11:04 PM
scorpionkiki replied at 5-8-2024 10:19 PM
Bila saja ada nama korea sbg no 1, i dah tau ni list karut. Org korea antara plg buruk i jumpa. Jepu ...

korea asli memang buruk, cer tengok korea utara

tapi korea lepas operate memang no 1
Quote cmf_DetConan 6-8-2024 09:25 AM
Iols setuju je wanita malaysia ni lg cantik dr thai,indo..kita xperlu nk tunggu kawen campur baru cantik..org kita ni lahir kt bandar cantik kg pon cantik..ahhh gitu
Quote edayildiz 6-8-2024 10:25 AM
bhutan tu negara dia kt mana ek..lawa jgk mcm melayu kan org sana

korea tu plastik surgeri kot..apooo..
filipina yg lawa sbb dh campur dna
i rasa  melayu kita yg xcampur pun dh lawa kan..
yg muka original melayu tu mmg pure mwlayu la kn..
iran mmg lawa kot xdinafi..kalau yindon thai pinoy semua tu yg dh campur
Quote rospinki 6-8-2024 10:28 AM
motip pinoy lagi cantik?? mesti yg buat ni org pilipin juga
Quote edayildiz 6-8-2024 10:29 AM
pakistan ngn kazaktan bkn ke lawa..muka mcm jepun gitu
Quote edayildiz 6-8-2024 10:31 AM
cmf_DetConan replied at 6-8-2024 09:25 AM
Iols setuju je wanita malaysia ni lg cantik dr thai,indo..kita xperlu nk tunggu kawen campur baru ca ...

aah setuju..
org melayu pure kita mmg dh lawa...banding kn ngn indon pure....thai pure yg kt ujong kg tu hitam mcmtu...
tp xtau la jgk melayu melayu yh sekeliling kita dh campur ke tak
Quote izzah_mia 6-8-2024 11:13 AM
korea tu dah tentu lepas operate
Quote nafizzz 6-8-2024 01:56 PM
Korea asal x cantik
lepas surgery baru elok tapi muka semua sepesen sb ikut acuan yang disediakan haha
Quote honam 6-8-2024 02:04 PM
nafizzz replied at 6-8-2024 01:56 PM
Korea asal x cantik
lepas surgery baru elok tapi muka semua sepesen sb ikut acuan yang disediakan ha ...

lepas beranak muka anak ikut tak muka yg lepas surgery tu?
Quote damsel_fiji 6-8-2024 03:24 PM
acik2 kepam forem tersenyum bangga

Quote cm_vungtau 6-8-2024 05:01 PM
Siapa yang tak bangga, maksudnya dia tak lawo. Haa gittew.

Sebab kalau orang puji, kita kena cakap thank you. So dia cakap ongmelayu cantik, kita cakap oh, thank you

Siapa yang bitter kat atas tu, too bad nokkkk.
Quote hyie 6-8-2024 11:46 PM
edayildiz replied at 6-8-2024 10:25 AM
bhutan tu negara dia kt mana ek..lawa jgk mcm melayu kan org sana

korea tu plastik surgeri kot..a ...

bhutan tu betul2 kat tetengah antara China ngan India. Negara ni tak mesra pelancongan tak silap, nak masuk negara dia kena bayar fee yang sangat mahal. Pastu dia amalkan sistem tertutup, maksudnya negara luar tak dibenarkan mencampuri urusan negara diorang gitu la. Iols ingat2 lupa je ni. So far belum pernah jumpa lagi pelancong dari negara Bhutan.
Quote sharlenetexas 7-8-2024 12:52 AM
Edited by sharlenetexas at 7-8-2024 12:56 AM

Iols suka tengok terutama semasa mereka cantik pada puncaknya:
- Wirda Adnan
- Normala Samsudin
- Mardiana Alwi
- Tuanku Bainun
- Aida Rahim
- Rosnah Johari
- Seniwati Zaiton
- Lydiawati
- Mariani
- Tiara Jacquelina (dalam filem Mat Som)
- Erma Fatima (dalam filem Anak Sarawak, Tuah, Hati Bukan Kristal dan Femina)
- Tengku Zubaidah aka Kakbedah



Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.079649 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top