Semalam kecoh di media sosial memperkatakan tentang Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membawa anak dan isteri ke Olimpik Paris 2024 sedangkan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada. Tidak berdiam diri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria tampil menengaskan beliau mempunyai kuota khas bagi membawa tetamu sendiri untuk menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024. Memetik laporan Malaysiakini, Norza bagaimanapun menegaskan kuota itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan. “Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tiada kena-mengena dengan atlet,” katanya.
Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan individu yang didakwa isteri dan anak lelaki Norza mempunyai kad akreditasi dan sedang menonton acara Olimpik di Paris. Menurut individu tersebut, wanita dan remaja lelaki yang dilihat duduk berhampiran dengan Norza merupakan keluarganya sendiri dan bukan keluarga Presien Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Dalam pada itu, individu yang membuat hantaran itu juga mempersoalkan Menteri Belia dan Sukan serta timbalannya bagaimana keluarga Norza boleh mendapatkan kad akreditasi. Pada masa yang sama, individu itu juga berkata sekiranya benar ada kuota khas, mengapa tidak diberikan kepada jurulatih pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei. Terdahulu, Goh Jin Wei berkongsi di Instagram dia layak untuk ke Olimpik Paris 2024, bagaimanapun dia tidak akan ditemani jurulatihnya, Nova Armada kerana masalah kekurangan kad akreditasi. Bukan Goh Jin Wei sahaja yang terkesan, malahan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zhi Jia juga tidak dapat membawa ahli fisioterapinya dan rakan sparring. Menerusi tinjauan, Norza telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kecaman daripada warga maya atas tindakannya itu. Sumber: Malaysiakini WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
damsel_fiji replied at 6-8-2024 03:21 PM
dia ni kebal betul, brp kali tukar kerajaan dah pun maintain jah kedudukan dia, mmg kabel baek betul ...
damsel_fiji: dia ni kebal betul, brp kali t ...
cattiecute replied at 6-8-2024 08:40 AM
babi betui perangai menteri macam ni
pakej dengan family anat ni
orang lain nak p ko tak bagi
jebatmaspunyer: Kalau betul ada khas, bagi lah ...
prince_marhaen replied at 6-8-2024 06:04 PM
Nyonyah Yeoh & Badam Badli Hilang telor dahhh...dulu kemain bergolek2 atas jalan konon untuk rakyat. ...
ADVERTISEMENT