Pelakon Datin Intan Najuwa yang kini sedang sarat hamil anak pertama mendedahkan dia sering menerima nasihat dan pesanan daripada ibunya iaitu Nafizah Mohd Sahid hampir setiap hari. Memetik MStar, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, ibunya itu tidak pernah lupa menghantar mesej memberikan pesanan dan ingatan setiap hari. "Tiap hari ada pesanan dari mama. Pesanan hari ini ya rakan-rakan," katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada pagi Selasa. Dalam hantaran tersebut, Intan turut memuat naik paparan skrin perbualannya bersama ibu. Malah pelakon yang terkenal dengan drama Jesnita itu turut menyambut baik pesanan berkenaan.
Dalam mesej tersebut, ibunya menasihati Intan agar mendedahkan lebih banyak ayat suci al-Quran kepada anak dalam kandungan. Malah, dia turut berpesan supaya aktres itu terlalu sibuk memikirkan mengenai perbelanjaan barangan bayi. "Baby dah boleh pasang-pasangkan ayat-ayat Quran dekat perut. "Biar dia didedahkan dengan zikir-zikir, dengarkan ayat-ayat. Dah boleh mula dah. "Jangan asyik dengar zikir mummy dia shopping saja. Hari-hari buka macam-macam surah," pesannya. Sebelum ini, Intan memaklumkan bakal terbang ke Kota London bagi membeli keperluan cahaya mata pertama. Untuk rekod, Intan bernikah dengan Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama. Pastinya ramai dikalangan peminat juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi pertama Intan Najuwa, semoga dipermudahkan. Sumber: MStar WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
miss_white replied at 6-8-2024 09:21 PM
Dia solat ke
rambut kepuk dgn dai nye
Nk suruh zikir halahh halahhh
Mimo.mimo replied at 6-8-2024 10:21 PM
Mak lebih tahu perangai anak. Kadang laki pun ngikut je apa bini nak. Elok la ada check and balance
ADVERTISEMENT