CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sampai Sekarang Saya Masih Dibuli Dalam Media Sosial. Saya Tidak Tahu Apa Kesilapan Saya” - Sophia Albarakbah

7-8-2024 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9344| Komen: 78


Kebelakangan ini semakin kerap kita dengar kes buli siber sampai ada individu yang bunuh diri kerana tertekan dengan caci maki di media sosial.

Buli siber berlaku kepada sesiapa sahaja dan paling banyak yang dibuli adalah selebriti. Salah seorang pelakon jelita yang turut menjadi mangsa buli siber adalah Sophia Albarakbah. Walaupun skandal cinta telah berlalu dan kontroversi yang merosakkan reputasinya sudah hilang, Sophia Albarakbah tetap menjadi sasaran buli segelintir netizen di media sosial.

Memetik Murai, Sophia yang kini bingung memikirkan kesilapan yang dilakukan sehingga terus-menerus dibenci dan dibuli dengan komen-komen kesat, akhirnya bersuara mengenai penderitaannya.

“Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya,” kata Sophia.

“Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.”


Bintang filem Miimaland itu mengakui bahawa meskipun cuba menahan kesakitan emosi akibat komen-komen negatif, ia tetap meninggalkan kesan.

“Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” tambahnya. Sophia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terus membulinya di media sosial.

“Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan. Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini.”

Sophia turut menitip pesanan kepada netizen agar mempunyai rasa empati sebelum meninggalkan sebarang komen terhadap mana-mana pihak di media sosial.

“Setiap perkataan negatif yang ditinggalkan akan memberi kesan yang buruk kepada emosi dan mental seseorang. Saya tak tahu kenapa ada netizen yang berani bertindak (tulis komen negatif), namun apa-apa pun alasan, harap mereka berhenti kerana perkara sebegitu tidak baik pun.”

Pelakon itu menekankan bahawa buli siber bukan perkara remeh kerana ia mampu membawa kepada sesuatu yang lebih serius, terutama terhadap kesihatan mental dan kestabilan emosi seseorang.

“Kalau orang mental tak kuat, memang akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” jelasnya yang turut bertemu pakar terapi untuk menangani kemurungan selepas dikecam hebat.


Sebelum ini, nama Sophia menjadi sasaran netizen apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi, Aliff Aziz.

Walaupun skandal tersebut telah berlalu, kesan negatif dari tuduhan tersebut masih menghantui Sophia, membuatkan dia terus dibuli tanpa henti.

Kesian Sophia, janganlah buli dia boleh ganggu kehidupan seharian tahu!



Sumber : Rotikaya










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 7-8-2024 03:23 PM
itulah harga sebuah populariti dek. kau pun sukakan perhatian ittew so live with the good side and the bad side
Quote zuriey 7-8-2024 03:34 PM
Tak tahu salah apa?? Sungguh tak ada otak patut la sanggup sondol laki org yg sama2 tak berotak
Quote cattiecute 7-8-2024 03:56 PM
agaknya dik bakoba ni dibela ke tak?
dik bakoba better lebarkan sayap cari vvip supaya jadi tai tai
senang hidup dik bakoba
dapat laki putik jagung tak kisah sangat sebab keje sopink je takda masa nak fikir saiz putik jagung
Quote ketambangkang 7-8-2024 04:04 PM
fuhhh kulit dia bersih gebu ye...agaknye seketul parut pon takde
Quote pocongkiutss 7-8-2024 04:06 PM
ketambangkang replied at 7-8-2024 04:04 PM
fuhhh kulit dia bersih gebu ye...agaknye seketul parut pon takde

Gambar edit filter berlapis bole la.. cuba tgk kt tv hd
Quote pocongkiutss 7-8-2024 04:07 PM
Huk aloh..kalau si sarah nyonya tak kantoikan mesti berlagak sochi jah kan..uwekk
Quote jambatannetizen 7-8-2024 04:45 PM
rayna_raynes replied at 7-8-2024 03:23 PM
itulah harga sebuah populariti dek. kau pun sukakan perhatian ittew so live with the good side and t ...

Maksud u? Kalau buat salah sekali, pun kena buli sampai bila2?
Quote Rogue98 7-8-2024 05:23 PM
Kena mandi bunga kut...liat sgt jodoh dia ni...dah kahwin nanti takdelah netizen nk mengata. Kau tu lawa n sexy...netizen kan insecure..
Quote aemon 7-8-2024 05:39 PM
semua salah birah setilah.betul2 cyber bully peah.peah pon lain kali hati2 la.mujur muka tu tak sampai kena siram asid.
Quote kaedahnya 7-8-2024 06:03 PM
see? tak berbaloi kan kena buli asbab melayan lelaki entah hapa hapa.
Quote jambatannetizen 7-8-2024 06:05 PM
aemon replied at 7-8-2024 05:39 PM
semua salah birah setilah.betul2 cyber bully peah.peah pon lain kali hati2 la.mujur muka tu tak samp ...

Apa kena dgn siram acid? Lol
Quote Olumis 7-8-2024 06:08 PM
Sebab awak suka perhatian. Tengok cara bergambar pun dah tahu.
Quote missHaidiD 7-8-2024 06:14 PM
Peah ko pakai tudung je kalau lapar sgt pujian netizen

Kompon netizen sanjung ko
Quote flipolivio 7-8-2024 06:19 PM
Rogue98 replied at 7-8-2024 05:23 PM
Kena mandi bunga kut...liat sgt jodoh dia ni...dah kahwin nanti takdelah netizen nk mengata. Kau tu  ...

Dia ni umur berapa? Tua dah ke? Nampak mcm muda lagi..
Quote Rogue98 7-8-2024 07:05 PM
flipolivio replied at 7-8-2024 06:19 PM
Dia ni umur berapa? Tua dah ke? Nampak mcm muda lagi..

Rasanye dah 30 atau 31
Quote zuriey 7-8-2024 08:18 PM
ketambangkang: fuhhh kulit dia bersih gebu ye ...

Ada satu video dia dkt klinik kulit teruk juga kulit muka dia..menggerutu
Quote sapeka 7-8-2024 08:35 PM
Jauhi la media sosial
Quote belilies 7-8-2024 08:41 PM
Rugi betul aliff punai pedajal sheols ni. Tengok muka mulus, sora halus, kopek genggam. Sanggup lagi hadap fake nora danish muka bercapuk shopee mari.
Quote seulgi 7-8-2024 08:42 PM
Sape suruh ko menggatal dgn laki org dulu.ko cari laki kaya je lah dik.tin yintan najuwah yg sekeping serendah pun leh cekup laki single kaya takkan ko yg gebu gebas xde yg nak try

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.200013 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top