CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip

7-8-2024 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6292| Komen: 21


Hampir tiga tahun ‘menyepi’ dari dunia hiburan, Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip akhirnya tampil memberitahu bahawa dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.

Sebaliknya, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia mengambil keputusan untuk berehat seketika disebabkan berdepan dengan masalah yang enggan dikongsikan secara terperinci.

"Sebenarnya saya tak kata nak tinggalkan industri atau merajuk, tidak pernah. Cuma saya rasa macam nak berehat sekejap. Nak Tarik nafas, sebab dengan keadaan di mana kita pun ada masalah sendiri."

"Jadi, saya rasa tiba masa untuk berehat sekejap. Saya sentiasa ada dalam industri, cuma kurang diri saya nak menonjol seperti dahulu."

"Saya kena terima, apa yang saya maksudkan sudah tidak relevan sebelum ini, begitulah. Benda ini hakikat di mana adanya orang baharu, orang lama ini tenaga dah tak sama seperti dulu. Sudah tentu beri kesan kepada kita."


Hafiz berkata demikian ketika ditemui usai membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kemunculan Hafiz di konsert itu sekali gus telah mengubat kerinduan peminat yang turut memberi sorokan serta ‘standing ovation’ terhadapnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Masih Jelas ini menyedari dirinya pernah berada dalam keadaan ‘meroyan’ namun menganggap itu merupakan fasa di mana semua manusia juga melaluinya.

"Sejujurnya saya dalam keadaan tidak baik. Mungkin waktu itu semua orang tengok saya macam meroyan. Saya sedar apa yang saya buat, kenapa saya jadi macam itu. Saya sedar yang saya juga manusia biasa."

Sementara itu, juara Akademi Fantasai 7 ini memberitahu dia banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti memancing di kampung halaman, Kuching, Sarawak untuk menghiburkan diri.

"Saya banyak habiskan masa untuk gembirakan diri sendiri. Asyik saya hiburkan orang, jadi tiba masa saya hiburkan diri saya dengan aktiviti saya selalu buat."

"Macam memancing, saya pergi jumpa ibu ayah saya. Saya sekarang memang menetap di Kuching, sejak dua bulan lalu. Dekat kampung pun, saya menjana pendapatan juga."

"Saya seronok, saya sewakan bot, walaupun tak ada mahal tapi harga itu sangat memorable, tak boleh dibeli."

Dalam perkembangan lain, Hafiz memberitahu dia bakal mengadakan konsert solo di Kuching pada 13 Oktober depan.




Sumber : Oh Bulan











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lalisa26 7-8-2024 05:54 PM
Almost three years of being 'secluded' from the world of entertainment, the soft-spoken singer, Hafiz Suip finally came forward to say that he had never issued any statement saying that he wanted to leave the industry or sulk. Play game fnaf 2 online on website fnaf 2
Quote PULANGKAN 7-8-2024 06:12 PM
uuu sewa bot. mesti masyuk

nyanyi ni letih kan. kena jaga stamina, vokal bagai
modal ada, boleh la kut invest, bisnes apa-apa. passive income pun takpe, goyang kaki ngeram telur, duit masuk. sikit pun ok dah

tambah pulak dengan kes banjir sana-sini, perkhidmatan bot dan sampan diperlukan.
harap abam Hafiz buat cawangan sewa bot tengah KL
situ kan tiap tahun tenggelam. tibeh

jokes aside, sana sini tenggelam. beli kereta tenggelam pun insuran mengulat. beli tanah, rumah pun tenggelam. Aiyoo
Iols nak ikut abam Hafiz buat bisnes leh.
Quote Olumis 7-8-2024 06:14 PM
Ok hafiz all the best.
Quote imransulaiman 7-8-2024 08:03 PM
Terkejut sebab nampak sama dengan arwah Nassier Wahab
Quote zuriey 7-8-2024 08:13 PM
Tak habis2 lagi ke cerita ko ni
Quote sapeka 7-8-2024 08:18 PM
Ok
Take ur time
Quote moolanji 7-8-2024 08:22 PM
Semoga dipermudahkan urusan hafiz
Quote boojaat 7-8-2024 08:33 PM
Iols dh beli tix concert hafiz. Xsabar…..
Quote ejans 7-8-2024 08:38 PM
Bukan dia dah kahwin?
Xada dia cerita pun pasal wife n anak
Ada ibu n ayah dia je
Quote oggy 7-8-2024 08:38 PM
Takpelah Hafiz, take your time. Semoga bangkit semua dan jauhkan diri dari sebarang kontroversi. Your talent is too precious to be wasted.
Quote oggy 7-8-2024 08:39 PM
boojaat replied at 7-8-2024 08:33 PM
Iols dh beli tix concert hafiz. Xsabar…..

Ala konsert dia kat Kuching.
Memang takde lah nak sampai sana.
Bestnya you . Enjoy!
Quote Rogue98 7-8-2024 08:55 PM
Dah cerai ke? Tu yg down?
Semoga buat comeback lah. For now carilah ilmu agama..u can never go wrong.
Quote shernazz 7-8-2024 09:22 PM
Aik
Dah bercerai ke ? Ayat2 tu mengundang speku acik2 forum
Quote annadonna 7-8-2024 11:00 PM
Masa akan menyembuhkan segala luka.
Come back stronger.
Quote sleepandream 8-8-2024 12:11 AM
semoga baik2 aja...
Quote sayurmayur88 8-8-2024 08:21 AM
semoga dipermudahkan buat hafiz. dia sendiri alami dan faham tentang dirinya..
maunya kena ke selebriti lain, keluar lah citer kena santau bagai...
Quote Safirania 8-8-2024 08:23 AM
Lepas rehat ni please come back hafiz. Suara kau best woo
Quote sangbara2020 8-8-2024 09:31 AM
muka dulu n skrg ada x..pls tepek....
Quote supernaturalee 8-8-2024 11:57 AM
kurus kering tgk dlm video kt youtube masa konsert tu
nasib jurumekap dgn hairdresser bagus bg nmpk heol outstanding
tp suara mmg blh pegi lagi lah sbb die mmg rajin nyanyi even bwh rumah pun ok je

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101137 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top