CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Hamil 5 Bulan Dibunuh Suami, 7 Bulan Menghilang Rupanya Ditanam Belakang Rumah

7-8-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7071| Komen: 15



Misteri kehilangan seorang penyanyi Indonesia, Irma Novitasari sejak Januari lalu akhirnya terungkai susulan penemuan mayat mangsa di sebuah kebun di Kabupaten Bandung, Jawa Barat.

Mangsa iaitu Irma yang berusia 24 tahun itu dikhabarkan sedang hamil lima bulan dan lebih mengejutkan apabila mengetahui dalang di sebalik kematian mangsa adalah suaminya sendiri, Asep Saepudin, 23.

Menurut sumber, Asep dengan bantuan tiga lagi rakannya telah membunuh mangsa menggunakan golok sebelum bertindak menanam mayat mangsa di belakang rumah salah seorang suspek.

Difahamkan, keluarga tidak dapat menghubungi mangsa sejak 13 Januari lalu meskipun pelbagai usaha telah dilakukan. Malah suspek pernah memaklumkan kepada mereka bahawa isterinya itu sedang bekerja di luar.

Namun siapa sangka, beberapa bulan kemudian ada individu mengatakan kepada mereka bahawa tidak perlu mencari mangsa kerana wanita itu sudah mati dibunuh.


Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan dan akhirnya menemui lokasi mayat mangsa ditanam.



Keempat-empat suspek telah ditahan dan suami mangsa mengaku telah membunuh isterinya itu dan ternyata perancangan pembunuhan itu telah dirancang sejak tahun 2023 lagi.

Suspek memberitahu dia nekad berbuat demikian kerana mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Meskipun tidak terbukti kesahihannya, suspek masih nekad membunuh mangsa.

Sumber: Acheh Tribunnews, Insertlive, Detik.com, Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PejuangBerani 8-8-2024 11:11 AM
Extreme belah2 sana..
Quote PejuangBerani 8-8-2024 11:13 AM
Extreme belah2 negara jiran kita ni..xsahih pun ada hubungan sulit..dibunuh nya bini ngan baby nya..sah psychopath..kejam jenis xde perasaan
Quote PejuangBerani 8-8-2024 11:13 AM
Extreme belah2 negara jiran kita ni..xsahih pun ada hubungan sulit..dibunuh nya bini ngan baby nya..sah psychopath..kejam jenis xde perasaan
Quote burque 9-8-2024 08:30 AM
Extreme belah2 negara jiran kita ni..xsahih pun ada hubungan sulit..dibunuh nya bini ngan baby nya..sah psychopath..kejam jenis xde perasaan
Quote Belibis 9-8-2024 03:04 PM
Nama lain2,komen sama..tam pamham akum.[em:3:]
Quote Farnor 9-8-2024 03:11 PM
Punya kejam sangat.. Manusia mcm dah hilang akal.
Quote noah8670 10-8-2024 02:01 PM
muda lagi, dia curang ko cari je la yg baru.. yg cari penyakit knpa
Quote liyamariska 11-8-2024 09:56 AM
dah cm baca citer kes bunuh kt Amerika Mexico sana...

makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote Supersirap 11-8-2024 07:13 PM
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote Ennadey 12-8-2024 07:34 PM
Dah kenapa nak membunuh??? Belum pasti pun dia curang. Ni betul2 gila
Quote MistrezHermanaz 13-8-2024 10:20 AM
Belibis replied at 9-8-2024 03:04 PM
Nama lain2,komen sama..tam pamham akum.[em:3:]

maafkan iols, tergelak pulak baca komen ni..bila baca balik komen2 di atas komen chuols, baru pasan
Quote takayama 18-8-2024 07:21 PM
Mengaku taknpasti sahih ke tak isteri Ada affairs ttp nak bunuh, hrp kena gantung laki dia ni. Dahlah bini tu tgh pregnant, biol punya manusia
Quote A-Are 23-8-2024 02:58 PM
seramnya lah perangai manusia sekarang
Quote Hoshhi 23-8-2024 10:59 PM
Kejamnya...konoha konoha
Quote Olumis 1-9-2024 03:40 PM
Kejam. Mendapatla masuk penjara

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062813 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top