CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Cukup Ada Seth & Rhea - "Lagipun Saya Dah Dua Kali Caesar, Jadi Untuk Hamil Lagi Kena Tunggu 3 Tahun"

8-8-2024 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6678| Komen: 14



Penyanyi Shila Amzah, 33, mungkin tidak akan hamil lagi kerana mahu memberikan sepenuh fokus untuk membesarkan dua anaknya dan kerana mempertimbangkan risiko disebabkan faktor usia.

Memetik OhBulan,  Shila atau nama lengkapnya Nurshahila binti Amir Amzah mendedahkan untuk tidak hamil susulan menjawab persoalan wargamaya yang bertanya mengapa dia berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.

Selain itu, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu, berkata agak berisiko sekiranya dia hamil lagi memandangkan telah menjalani dua kali pembedahan sewaktu melahirkan Seth dan Rhea.

"Kita nak anak-anak kita dapat 100% perhatian semampu kita. Lagipun saya dah dua kali caesar, jadi untuk hamil lagi kena tunggu 3 tahun. Masa tu juga usia saya dah mencecah 37, jadi ia agak berisiko untuk saya hamil lagi."

Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu lagi, kelahiran kedua-dua cahaya matanya itu juga melalui pembedahan kecemasan.


"Sebelum ni, kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kecemasasan. Jadi cukuplah, dah sepasang."


Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais, 5 tahun.

Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.


Sumber: Oh Bulan










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 8-8-2024 02:18 PM
Elok ler dh ada sepasang, tak yah tambah anak dh shila nanti kau makin gemuk
Quote I.K.A888990 8-8-2024 05:15 PM
rezeki kaka shila dpt anak sepasang

tapi awat netijon sibuk duk tanya dia taknak ka nak tambah anak ka....apooooooo
Quote dagusengett 8-8-2024 06:23 PM
Good
Focus kat anak yg ada lagi2 yg kena extra attention terapi bagai
Quote jihyomelly 8-8-2024 06:36 PM
biar la badan dia..umur pun dah late 30’s ubai tak komen netizen pulak lebih2..
Quote Meraki 10-8-2024 05:47 PM
Okla tu dh dpt sepasang
Quote Rogue98 10-8-2024 07:26 PM
Dah boleh relax dah shila... Setahun dua ni macam2 dia kena hadap... Famili...ex husband..rumah 'pusaka'...kahwin...beranak...bagus skrg dah ada orang yg betul2 jaga dia.
Quote oggy 10-8-2024 08:01 PM
I.K.A888990 replied at 8-8-2024 05:15 PM
rezeki kaka shila dpt anak sepasang

tapi awat netijon sibuk duk tanya dia taknak ka nak tambah anak ...

Aiyooo netizen orang tu baru habis pantang dah sibuk tanya tambah anak. Tapi baguslah dia jawab direct je kan. Kita ni tak payahla sibuk2 dengan decision orang. Dia jugak yg jaga anak dia nanti bukannya netizen. Untung jugak lah dah sepasang.
Quote rayna_raynes 10-8-2024 08:09 PM
jihyomelly replied at 8-8-2024 06:36 PM
biar la badan dia..umur pun dah late 30’s ubai tak komen netizen pulak lebih2..

She baru 33

Quote jihyomelly 10-8-2024 09:55 PM
rayna_raynes replied at 10-8-2024 08:09 PM
She baru 33

tersilap baca rupanya 33
Quote DARSITA 11-8-2024 02:37 PM
Tak baik ckp mcm itu guna la alasan lain spt sekarang time membesarkan anak2 kalau Tuhan bagi rezeki kami terima sahaja ...

2 yg ada kita tak tau panjang mana hayat mereka so berhati hati la sebab rezeki anak ini bukan di tangan kita.


Quote sukanyanyi 11-8-2024 02:43 PM
DARSITA replied at 11-8-2024 02:37 PM
Tak baik ckp mcm itu guna la alasan lain spt sekarang time membesarkan anak2 kalau Tuhan bagi rezeki ...

Iols pun pernah terfikir mcm apa yg uols cakap dalam perenggan kedua.. smoga Allah panjangkan usia anak@anak-anak kita.. aamiin..
Quote Cleocatra 12-8-2024 05:23 AM
Gambar atas tu, si laki sila tak boleh ke masa ambek gambo buat muka normal. Awak tu dah la rupa tak sedap dipandang. Buat pulak muka kerenyok gitu
Quote SohaiLaksawi 15-8-2024 01:10 PM
kelass kau Sheila...nama anak cam nama wrestler wwe
Quote sangbara2020 16-8-2024 10:11 AM
kuruskan lah badan chila....sok bila laki dh bosan...kot kau mmgkan cun...petik jari jek...
flip hair je lah..iolls ckp berdasarkan kisah rukun tetangga....tp kalau kau mmgkan make money....xperlu risau pe2...
apapun iolls xde la doakan kau bukan2....semoga berbahagia je la...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.144023 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top