CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Melihat Pelbagai Reaksi Ketika Ini, Perasaan Saya Menyatakan Perlu Letak Jawatan Daripada BAM’ – Norza Zakaria

8-8-2024 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8688| Komen: 66


Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu didakwa dibuat susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

"Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM."

"Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita."

Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.

"Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara."


"Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini."

Terdahulu, Mohamad Norza terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, namun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.

Sumber: Sinar Harian, Oh Bulan












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 8-8-2024 01:59 PM
Dipersilakan. Tafaddal.. Kau da x relevan selamanya. Bagus juga ada kuasa viral ni sbb penyamun zmn skrg takut dengan netizen rupanya.  
Quote dua_chzy 8-8-2024 02:04 PM
Tapayah rasa2 la, laksana ja perasaaan tuh.
Quote Meraki 8-8-2024 02:04 PM
Bagus.letak jwtn cepat sikit
Quote pejol 8-8-2024 02:07 PM
gerak jer,dah lama pon kan
Quote ais_kosong 8-8-2024 02:07 PM
lagi cepat lagi ok. pandai-pandai yang baru nak buat kerja. Tidak perlu bagi nasihat
Quote Ciktiekus 8-8-2024 02:09 PM
Ade ke org buat kje free
Quote reenz013 8-8-2024 02:21 PM
cpt la ltk jawatan..xyah nk rasa2
Quote tungkai 8-8-2024 02:27 PM
Drama bersiri terbaru ke ni..??
Quote akido_kido 8-8-2024 02:43 PM
Sedihnya..kena kecam sampai akan letak jawatan
Quote felinecat 8-8-2024 03:03 PM
Cepat2 ke letak jawatan,kalau xbawa hasil tu pandai2 le letak jawatan
Quote riyadhK 8-8-2024 03:06 PM
Bila nak letak jawatan? Nak hantar pisang ni.
Quote makihamis 8-8-2024 03:07 PM
Ingat ada yang nak pujuk la tu. cecepat sikit letak jawatan
Quote SedihPedih 8-8-2024 03:14 PM
letak ja jawatan terus. xyah keluarkan statement ala2 nk minta org pujuk utk stay. rasa2 ni x perlu...
Quote msdummy.2018 8-8-2024 03:14 PM
Kalo boleh xpyhlah lantik sri meri nih jd pengerusi...diaorg tuh pernah wakil malaysia ker main badminton???
Quote meah_kelabu 8-8-2024 03:19 PM
ko ingt ko bg statment mcm ni ade org acah2 xbg ko letak jawatan ke?
bole jalannnn
dah lame pon patutnye step down
ade pon bukan ade hasil
hauk mengabehkan borehhh
ingtkan tak terkesan, ade payungan kuning katenyehhh
tp tu la, betul ke nk lepaskan lubuk omeh ni? ke ckp je bg org reda sket sbb bnde tgh panas ni, ujung2 harammmmm

aku harap sngt dia baca cercaan ni
Quote meah_kelabu 8-8-2024 03:19 PM
Edited by meah_kelabu at 8-8-2024 03:22 PM

-double post-
Quote Moyangkucing 8-8-2024 03:32 PM
Hebat pemimpin2 sekarang. Ramai yg buat kerja pegang macam2 jawatan tapi tak ambil gaji elaun.
Quote zehra2 8-8-2024 03:40 PM
kalo dia berjiwa besar.. guna lah kuota dia utk bawa coach jin wei
Quote arm_band 8-8-2024 03:42 PM
anak bini dah kena hamun baru ko sentap kan. dah rasa mcm dewa sebab semua dok menyembah ko. acah2 tersakiti sangat, padahal memang dah kena blah pun habis olimpik ni.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044212 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top