CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumlah Warga China Menetap Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Jadi Pilihan Sebab Lebih Mampu Milik

8-8-2024 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7596| Komen: 33



Malaysia menjadi antara negara pilihan ramai penduduk dari pelusuk dunia untuk menetap disebabkan beberapa faktor seperti kos hidup yang jauh lebih murah berbanding negara mereka.

Jumlah warga China yang menetap di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak hampir dua kali ganda sejak 2022.

Menurut pengarah di Institut Kajian China di Universiti Malaya, Ngeow Chow Bing, seramai 150,000 hingga 200,000 warga China berada di Malaysia berbanding pada tahun 2022, kira-kira 82,000.

Faktor Malaysia menjadi pilihan

Katanya, antara faktor yang mendorong warga China untuk ke luar negara mencari peluang baru adalah pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan serta peraturan perniagaan yang lebih ketat.

Selain Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang kukuh dengan China, negara kita merupakan pilihan yang lebih mampu milik bagi mereka.


Dalam pada itu, Program Malaysia My Second Home (MM2H) turut menyumbang kepada peningkatan jumlah tersebut dengan menarik bukan sahaja golongan kaya tetapi juga pelbagai individu lain.



Elak sentimen anti-China

Terdapat juga warga China yang mahu mengelak sentimen anti-China yang berlaku di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Sementara itu, Financial Times pula melaporkan bahawa warga China kini merupakan kumpulan pelajar asing dan penduduk jangka panjang terbesar di Malaysia.

Mana tidaknya, Kementerian Pendidikan melaporkan institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah menerima lebih daripada 44,000 pelajar China pada tahun lepas, meningkat 35 peratus daripada tahun 2021.

Selain itu, jumlah pelajar China di sekolah antarabangsa juga lebih daripada dua kali ganda dari tahun 2021 hingga 2023.4



Sumber: Vocket


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 8-8-2024 04:00 PM
Lubuk...tiktoker asal China ramai yg bukak bisnes sini..supplier contact mmg anak beranak dia jgak kt China.
Quote Decaffeinated 8-8-2024 04:45 PM
Dorang ni tak takut panas ka datang Malaysia? Kat sana kan udara dah nyaman, sejuk ja.
Quote shamsadis 8-8-2024 04:52 PM

saya sangat gembira dengan pencapaian ini
Quote shida81 8-8-2024 04:54 PM
Blh ckp melayu ke
Quote arareez 8-8-2024 05:30 PM
shida81 replied at 8-8-2024 04:54 PM
Blh ckp melayu ke

Tak perlu sis. Sebab nanti, kita yg kena mengalah cakap bahasa dia
Quote jihyomelly 8-8-2024 05:38 PM
kat penang ni belambak kalau jumpa yg memang bukan muka local..cakap bm tak tau english pun tak tau..kalau cainis local at least ada jugak cakap campur2
Quote Skuau 8-8-2024 05:41 PM
tak takut,risau kena 'tindas' ke???
Quote shida81 8-8-2024 05:53 PM
arareez replied at 8-8-2024 05:30 PM
Tak perlu sis. Sebab nanti, kita yg kena mengalah cakap bahasa dia

Takut Lama2 nnti jd cam UK plak
Quote Ciktiekus 8-8-2024 06:36 PM
Us pon anti china..pikior2 ler
Quote ninja boy 8-8-2024 06:46 PM
Mula2 bukak penempatan, kemudian sekolah, kilang, mall, market, industri, port, juga angkat buruh mereka dtg, mereka akan menguasai kawasan perlabuhan, airport dan industri. Penguasaan bahasa no problem, mereka technology lebih depan dari kita
Quote nusaraya 8-8-2024 06:59 PM
ninja boy replied at 8-8-2024 06:46 PM
Mula2 bukak penempatan, kemudian sekolah, kilang, mall, market, industri, port, juga angkat buruh me ...

Perkembangan yang bagus dan postif ....Tampaknya proses Melayuniasi  akan kalah dan terpinggirkan dengan adanya proses Chinanisasi atau Banglanisasi yang lebih gencar terjadi saat kini dan tentu saja di masa hadapan ...Hehehehe
Quote honeybee1802 8-8-2024 07:09 PM
Jaga2 le kome kot jumpa taik terguling tepi jalan...or even worst..tepi2 pokok tu jd jamban depa...
Quote nusaraya 8-8-2024 08:28 PM
Edited by nusaraya at 8-8-2024 08:30 PM
honeybee1802 replied at 8-8-2024 07:09 PM
Jaga2 le kome kot jumpa taik terguling tepi jalan...or even worst..tepi2 pokok tu jd jamban depa...

Woow.... Begitu hinanya bangsa china di mata anda ?  Nah sekarang berikan bukti kepada kita semua bahwa bangsa melayu mahawangsa itu sejatinya seperti diklaim selama ini ....lebih suchi, mulia, perkasa, smart dan mempunyai level tamadun lebih superior dari bangsa china ...... Hehehehe
Quote orkid_amani 8-8-2024 08:35 PM
jihyomelly replied at 8-8-2024 05:38 PM
kat penang ni belambak kalau jumpa yg memang bukan muka local..cakap bm tak tau english pun tak tau. ...

Kan..dah la taktau cakap Melayu lepas tu kemain lg belagak bila nak buat report kita tanya knp xletak no.ic dia kta lupa..ingat no passport ja kelig aii slu laa kena layan complaint depa ni pasai ahso ni xpandai cakap english..mandarin pun xtau..dia cakap hokkian dgn aii mmg xlaa aii nk faham hokkian. Kalau Chinese cakap mandarin pun aii tetap cakap melayu
Quote Belibis 8-8-2024 08:51 PM
Tak sia2 madanon jadi pm..
Quote Gunama 8-8-2024 09:53 PM
Syabas betei…itu ari aku nampak sorg ni suh ank dia kencing kt tong sampah kl lrt. Aku jerit kuat2 suara aku. Peduli ape aku.
Quote silance 9-8-2024 05:58 PM
TT and momod, agak-agak berapa hari benang ni boleh bertahan lagi sebelum dicemarkan oleh spammer gila 2 ekor tu, sebelum akhirnya terpaksa diarkibkan? Banyak benang masuk arkib lepas depa muncul.
Quote Meraki 10-8-2024 05:49 PM
Pastu byk kes eksident mabuk..
Quote kemaruk 10-8-2024 05:52 PM
Kalau sekadar tinggal takde masalah

Jangan la pulak jumlah pengundi cina di sesetengah kawaaan meningkat jua

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062603 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top