CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

28 Anak Ular Sawa Ditangkap Dalam Longkang Restoran Seksyen 20 Shah Alam

8-8-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5484| Komen: 45|Original author: riyadhK



Sebanyak 29 ekor ular sawa ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 dekat Shah Alam, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.56 malam.

Beliau berkata susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba, didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan.

"Bomba kemudiannya menangkap semua ular sawa itu menggunakan penjerut,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit sebelum semua tangkapan dilepaskan di tempat yang selamat.

- Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 8-8-2024 12:27 PM
Dimanakah tempat yang dikatakan selamat itu
Quote rospinki 8-8-2024 12:59 PM
uuuuuiiii seram
Quote rospinki 8-8-2024 12:59 PM
uuuuuiiii seram
Quote dubuk 8-8-2024 01:26 PM
Selangor darul sawa
Quote lifeline 8-8-2024 01:40 PM
dilepaskan di tempat yang selamat tu kat manaaa
uwaaaa takuttt
igtkan depa buh kt zoo ke apa kee
skerinyaa iols dah la duk Shah Ale
Quote guesswho09 8-8-2024 01:55 PM
Restoran depan kpj selangor ka?
Quote Meraki 8-8-2024 02:05 PM
Adoiii merenyut..serammm
Quote pejol 8-8-2024 02:06 PM
cap_ayam replied at 8-8-2024 12:27 PM
Dimanakah tempat yang dikatakan selamat itu

dekat2 area umah mb depa
Quote SedihPedih 8-8-2024 02:09 PM
ramai betul...semoga bahagia di tempat baru
Quote tungkai 8-8-2024 02:29 PM
Restoran belah mana ni..??
Quote nanasno 8-8-2024 02:32 PM
EEEE TERASA MERAYAPPPPP kat badannnn
Quote tri-max 8-8-2024 02:46 PM
macam Hydra dalam greek mitos je
membayangkan ada induk besar disebalik longkang tuh
geli yakmat
Quote mawarkhayalan99 8-8-2024 03:26 PM
meremangggggg
Quote arm_band 8-8-2024 03:44 PM
kat zoo pun tak membiak camni
Quote dua_chzy 8-8-2024 03:48 PM
Buat ular salai masak lemak, jual kat Vietkong dek.
Quote matseh 8-8-2024 04:46 PM
Kena panggil Geng Swamp People-Serpent Invasion, utk tangkap ular.
Kalau dlm tv, depa dpt dlm USD300-USD500. ikut saiz.
Quote supernaturalee 8-8-2024 05:13 PM
sekali kt dlm tu ada dewi ular


Quote becir 8-8-2024 05:18 PM
time camnila rasa selamat duduk kondo..

rumah my mum landed tepi semak, dulu takat ular sawa ular senduk suka sgt masuk compound rumah..biawak lagi..nak menyapu kat luar pun rasa skeri
Quote sharlenetexas 8-8-2024 05:19 PM
Bapanya takde. Ibu tunggalkah?


Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066081 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top