CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya tidak tahu dan tidak mahu komen banyak” - Aliff Aziz sertai tabligh, Bella Astillah doakan yang terbaik

8-8-2024 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 50028| Komen: 552


"SAYA tidak tahu dan tidak mahu komen banyak.”

Demikian ulas pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengenai video bekas suaminya, Aliff Aziz kembali mendalami agama bersama tabligh yang tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular dalam TikTok. Kalau boleh, saya tidak mahu komen lebih-lebih.

Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tidak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul berubah, Alhamdulillah.

“Sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Pavilion Bukit Jalil sebentar tadi.

Terdahulu, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan kumpulan tabligh baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik dalam TikTok, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih berada di salah sebuah masjid di Singapura.


Dalam perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum sesama manusia.

Untuk rekod, Aliff pernah menyertai jemaah tabligh sekitar Ogos 2021 selepas bercerai kali pertama.

Beralih perihal karier, Bella menjadi satu-satunya penyanyi solo yang akan membuat persembahan di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 7 September depan.

Selain Bella, penyanyi lain yang turut membuat persembahan adalah Bunkface, Dolla, Ruffedge, Spider, Insomniacks dan Hujan.


Sumber: HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-8-2024 11:39 PM
Comel dan lawa je dia ni....
Quote suri33 9-8-2024 12:47 AM
Ooo pelakon dan penyanyi. Ingatkan bekas isteri retis je
Quote MisXoXo 9-8-2024 01:02 AM
Xminat diaa..xminat aliff..so move on ajalah rakyat semua..bio ajalah yg sebok nk tnya2 dah kenapa..tp kan..jauh disudut hati..bella nak lg aliff tu..tp persekitaran suh dia stopped.so stop bella.
Quote mrsLucky 9-8-2024 01:19 AM
dah boleh stop story about Bella, Aliff, Ruh dan Muaz sebab we dah overdosed...

Bella hope kumpul duit banyak2 selagi laku yah..semua rezeki anak2...
Quote marchikobonzo 9-8-2024 09:28 AM
Petite comel je dia ni..kau jaga anak2 je dah la, jangan bela anak ikan..hanyir nanti..
Quote ais_kosong 9-8-2024 10:25 AM
Kenapa wartawan nak kena tanya pasal ex? Dorang dah cerai kan. Wartawan takde idea soalan nak tanya ke? bosan tau
Quote yatiehanny 9-8-2024 10:29 AM
selagi nak kekal relevan... harus laa sebut si dia. actually boleh jer cakap No Komen. habis citer. tapi nak tunggang selagi boleh...
Quote dewi_rina 9-8-2024 12:07 PM
Dah bulat ye muka dia
Quote mawarkhayalan99 9-8-2024 12:13 PM
takyah bother lagi pasal dorang ni wartawan da boleh cari gosip lain pulak ye
Quote AWEKSAMURAI 9-8-2024 12:22 PM
ais_kosong replied at 9-8-2024 10:25 AM
Kenapa wartawan nak kena tanya pasal ex? Dorang dah cerai kan. Wartawan takde idea soalan nak tanya  ...

Nak tanya dia pasal apa? Nk tanya pasal bakat non hado bakat selama idup mengejar jantan bernama retis je .. Lepas E ,D ,lepastu A so apa dia nk citer selain hal umahtangga ..

Paling kesian D lah kena rembat duit hadiah kaw2 sampai miskin kwn tu penyudah si B kejar si A guna duit D hahaha
Quote AWEKSAMURAI 9-8-2024 12:23 PM
dewi_rina replied at 9-8-2024 12:07 PM
Dah bulat ye muka dia

Semoga kembang n buncit balik ... Cemuih dh tgok muka dia di sana sini asyik citer pasal jantan je. Kalau dia gemok xde lah dia nk ke sana sini sgt
Quote MeowPARSI 9-8-2024 12:25 PM
Penyucian diri ke hahaha
Quote akemini 9-8-2024 01:28 PM
aku pasan pesen baju baju BA ni mcm pelik pelik
mcm outdated
Quote gideoncross 9-8-2024 02:41 PM
AWEKSAMURAI replied at 9-8-2024 12:22 PM
Nak tanya dia pasal apa? Nk tanya pasal bakat non hado bakat selama idup mengejar jantan bernama r ...

Mcm biasa, Nabellah Awang d puji cntik, cute & petite. Yep, sbb pkai filters
Quote dewi_rina 9-8-2024 02:58 PM
Edited by dewi_rina at 9-8-2024 06:59 AM
akemini replied at 9-8-2024 05:28 AM
aku pasan pesen baju baju BA ni mcm pelik pelik
mcm outdated

i rasa dia mcm nak ikut pesen tokti zaman dulu, barulah nampak tokti kan

baju macam gitu masa zaman hujung 90an 2000an pemes tau

p/s: Terzoom kuku dia
Quote TeropongThaico 9-8-2024 03:04 PM
Tak pernah tgk sheol ni menyanyi atau berlakon lg. Best ke ye sbb jd satu2nya yg akan nyanyi solo nnt dkt konsert jiwa Malaysia dasat gak tu
Quote ais_kosong 9-8-2024 03:34 PM
AWEKSAMURAI replied at 9-8-2024 12:22 PM
Nak tanya dia pasal apa? Nk tanya pasal bakat non hado bakat selama idup mengejar jantan bernama r ...

Ahha.. sebab tu balik2 dok tanya pasal ex. Iols bosan beliau potray ala-ala tak kisah tak ambil tahu macam ngai.
Tu yang iols nak wartawan tanya pasal kerjaya dia. ada kerjaya ke tidak. balik-balik hal dalam kain. haha
Quote cattiecute 9-8-2024 03:41 PM
AWEKSAMURAI replied at 9-8-2024 12:22 PM
Nak tanya dia pasal apa? Nk tanya pasal bakat non hado bakat selama idup mengejar jantan bernama r ...

D tu spa chuols,
tak boleh decode.
Quote virgo19 9-8-2024 04:06 PM
AWEKSAMURAI replied at 9-8-2024 12:22 PM
Nak tanya dia pasal apa? Nk tanya pasal bakat non hado bakat selama idup mengejar jantan bernama r ...

Siapa E dan D tu?

Lihat semua komen(552)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.275375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top