Akhirnya bersuara, pelakon senior, Kazar Saisi menasihatkan orang ramai agar menerima setiap dugaan yang berlaku dalam kehidupan dengan berlapang dada. Menurut Kazar, dia meminta agar setiap individu tidak merungut apatah lagi terlalu bersedih setiap kali berdepan dengan dugaan. “Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu bahawa tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. “Jangan bersedih atau merungut,” katanya dalam InstaStory hari ini. Kazar bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci perkongsian tersebut adalah berkaitan kes perceraian anaknya, Ira Kazar atau sebaliknya. Dalam masa sama, dia juga percaya setiap dugaan yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. “Allah SWT tahu apa yang terbaik dan dia akan berikan kita paling baik walaupun mengambil masa yang lama. “Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,” katanya lagi. Terdahulu, nama Kazar menjadi bualan ramai selepas tular berita pengarah, Syamsul Yusof memfailkan perceraian terhadap Ira pada 19 Ogos lalu. Perkara itu disahkan oleh peguam menantunya itu, Azmi Rais. Permohanan cerai tersebut bakal didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa depan. Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ina_na replied at 22-8-2024 11:24 PM
Ape dia kata dl ms anak dia awal2 nikah gan Sol...lupa pulak iolss
asma87 replied at 22-8-2024 11:36 PM
Bukan ke ira quote kat Twitter yg apaknya kata sol tergila-gilakan fefek anaknya??
asma87 replied at 22-8-2024 11:36 PM
Bukan ke ira quote kat Twitter yg apaknya kata sol tergila-gilakan fefek anaknya??
hyie replied at 23-8-2024 12:09 AM
yes, yang inilah kata2 dia yang iols ingat jugak...ala2 dalam banyak2 fefek pompuan dok ada, fefek ...
becir replied at 23-8-2024 01:14 AM
dan jangan lupa dia penah samakan ira ngan public toilet!
hahahhahahahahahhahahahah
ADVERTISEMENT