Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh tunai umrah bersama selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu. Selepas kontroversi itu, Fara Salleh dilihat memuat naik foto berupa pasport tertera namanya dan Shuk di Instagram Story, hari ini. Perkongsian itu seolah-olah memberi gambaran hubungan mereka kini sudah baik. Terbaharu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar memuat naik foto bersama isterinya sedang menunaikan umrah bersama. Berserta kapsyen ringkas, pelawak berusia 38 tahun itu memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah sekali lagi.
“Alhamdulillah, diizinkan Allah (emoji hati),”tulisnya. Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak. Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk suaminya yang didakwa memburukkan dirinya ke teman-teman rapat. Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran. Apa pun, syukur Alhamdulillah buat pasangan ini. Semoga dengan menunaikan ibadah umrah ini dapat menjernihkan hubungan suami isteri. Biasalah setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sumber : Oh My Media |
Perawankota: Dorg ni mesti jenis kalau gadu ...
anony-mous replied at 24-8-2024 01:27 AM
X de dugaan apa2 ke kat sana tu? Ke sbb farah ni actually gila? Org gila kan xde dosa
ADVERTISEMENT