Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh semalam. Remy atau anak sebenarnya Mohammad Zalimei Isha merupakan anak jati Melaka merupakan artis terkenal yang telah berlakon lebih 30 filem sejak 2007. Darjah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam . Manakala pelakon Ashraf Muslim turut dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) selepas watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah. Pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) turut diberikan kepada suami pelakon Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
Manakala pelakon Ashraf Muslim turut dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) selepas watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.
Pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) turut diberikan kepada suami pelakon Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
KamikuP replied at 26-8-2024 12:26 PM
Kalau baling je botol cencalok kat tgh kota Melaka mesti kena salah sorang Datuk.. ko mampoooo?? eke ...
makcun14 replied at 26-8-2024 12:45 PM
bini si remy tersenyum ke tu. Hasil bersabar bercinta putus nyambung akhirnya dapat gelaran Datin.
...
ADVERTISEMENT