CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syarikat WD Food Group nafi ada perjanjian RM3 juta dengan Wak Doyok

27-8-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20727| Komen: 12

 


Didakwa mengakibatkan pempengaruh Wak Doyok kerugian sebanyak RM3 juta, WD Food Group menangkis tuduhan yang disebarkan dalam media sosial dengan memfailkan saman fitnah bagi membersihkan nama syarikat.

Pengarah Operasinya, Muhammad Hanif Omar, berkata, tiada sebarang perjanjian berhubung jumlah pulangan seperti disebutkan rakan niaga mereka itu, bahkan syarikat juga sudah menyerahkan hasil keuntungan berjumlah RM800,000.

“Sebenarnya memang tiada perjanjian membabitkan keuntungan RM3 juta di antara pihak saya (WD Food Group) dengan dia (Wak Doyok) seperti dihebohkan.

“Saya pun tidak tahu dari mana dia mendapat jumlah tersebut. Itu kena tanya dia sendiri.

“Tetapi kami sudah membayar keuntungan RM800,000 kepadanya. Bahkan November ini syarikat juga akan mengembalikan wang pelaburannya sebanyak RM300,000,” katanya kepada Kosmo! Online.


Hanif ditemani peguamnya dari Shahrin Satheer Kamal & Co memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor, 44, mendakwa menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikat berasaskan makanan.

Menurut usahawan yang juga pelakon itu, dia menyedari ditipu pasangan suami isteri terbabit selepas membuat semakan dalam urus niaga mereka.

Dalam masa sama, Hanif berkata, kenyataan palsu disebarkan personaliti tersebut menjejaskan operasi syarikat serta reputasinya sebagai ahli perniagaan.


“Wak Doyok telah membuat kacau. Dia datang ke pejabat kami sehingga mengganggu kerja kakitangan serta operasi syarikat,” ujarnya.

Sementara itu, peguam Hanif, Faiz Kamal Jaafar berkata, anak guamnya turut memohon perintah injuksi terhadap Wak Doyok yang akan disebutkan pada 2 September depan.

Katanya, proses mediasi sepatutnya diadakan namun terbantut selepas lelaki terbabit tidak memberikan kerjasama apabila memulakan kekecohan terlebih dahulu.

“Pada awalnya kami mahu mengadakan proses mediasi untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah tetapi tidak berhasil,” katanya.

Menurut Faiz lagi, pengurusan WD Food akan menamatkan usaha sama perniagaan dengan Wak Doyok pada November depan.

“Sepatutnya kerjasama niaga antara syarikat dan Wak Doyok berlangsung selama dua tahun yang berakhir Disember ini, tetapi kami tamatkan kontrak lebih awal selepas isu ditimbulkannya.

Selain memfailkan saman fitnah, WD Food Group turut mengemukakan dua lagi tuntutan iaitu berkaitan cap dagang yang akan disebutkan di mahkamah bulan depan.

Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 27-8-2024 09:16 AM
Cap dagang pula. Dulu kes cincin.
Quote anilanil 27-8-2024 09:45 AM
WD tu acronym for Wak Doyok la. Hmm..satu sleeping partner, satu penunggang nama. Pastu masa sign agreement sleeping btol2 tak baca semua klausa.
Quote Riz_one 27-8-2024 09:58 AM
hidup wak doyokkk....
Quote prince_marhaen 27-8-2024 10:34 AM
company tokey sepet bubuh duit cuci ke uols... hihihi
Quote KamikuP 27-8-2024 10:51 AM
Wow byknya untung 800k.. tahniah WD wpon meolls rengsa ngan misai dia
Quote missyL 27-8-2024 12:11 PM
Byk Untung jual makanan ape.
Ke rolling2 basoh2 hahahaha
Quote Orix 27-8-2024 12:48 PM
Makanan apa dia jual ?? Yg kt depan tasik titiwangsa tu dia punya ke
Quote 3chanceno 27-8-2024 01:06 PM
anilanil replied at 27-8-2024 09:45 AM
WD tu acronym for Wak Doyok la. Hmm..satu sleeping partner, satu penunggang nama. Pastu masa sign ag ...

Lawak komen uols nie  especially bab sleeping betol2

Quote Lulu_717 27-8-2024 01:14 PM
Dulu kt Shah Alam area seksyen 7 tu mcm ada kedai makan wak doyok ni kan? hasil partner dgn yg ni jgak ke?
Quote laksmanabentan 27-8-2024 02:36 PM
missyL replied at 27-8-2024 12:11 PM
Byk Untung jual makanan ape.
Ke rolling2 basoh2 hahahaha

banyak uooollsss business WD nih...
sushiwak tu...
lps tu food catering juga tu...
ada yang mcm mantai juga...
ada produk makanan siap ke mydin, outlet news..  uitm...
Quote MarryPottet 27-8-2024 02:54 PM
Nama pun sleeping partner kan
Rm3 jota tu akan dapat dalam mimpi jelah kot
Quote imransulaiman 27-8-2024 04:59 PM
Mungkin sebab kontrak dah nak tamat bulan Disember ni, tu lah pasal WD ungkit keuntungan 3j tu.

Masa perbincangan, mungkin WD dijanjikan untung 10x ganda. Dia melabur 300k...tapi dapat 800k sahaja.

Tapi janji 10x ganda tu takde b&w kot... Main cakap mulut je..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055503 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top