Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna Zarai meluahkan rasa bengang apabila masih menerima komen negatif tentang penampilannya. Menerusi hantaran di Instagram, Yuna berkata, dia perlu bersuara memandangkan terdapat golongan dalam pengikutnya yang suka menghukum cara pemakaiannya. Menurutnya, selama 15 tahun di dalam industri, dia masih menerima komen-komen yang sama malah ada yang menyuruhnya menanggalkan hijab. "Orang beritahu saya untuk abaikan komen-komen (negatif) macam ni tapi saya kena bersuara sebab apa nak jadi dengan masyarakat kita kalau dibiarkan sesuka hati cakap apa mereka nak hanya kerana mereka rasa ada hak berbuat demikian?"
"Satu perkara yang masih mengejutkan saya, pada usia 37 tahun dan berkarya dalam muzik selama 15 tahun sampai sekarang, macam mana masyarakat saya sendiri masih lagi di ruangan meninggalkan komen-komen buruk, suruh saya pakai itu ini atau ‘tanggalkan hijab awak’ dan menghukum saya tanpa berada di tempat saya." "Ada perkataan untuk perbuatan itu iaitu toksik. Ini ke apa yang korang nak jadi? Bukankah kita di ajar untuk saling sayang menyayangi? Apa yang saya buat dekat awak sampai marah sangat saya tak pernah jumpa awak, tolong fikirkan. Saya harap awak dapat kenal diri awak." Dalam pada itu, Yuna menyatakan penampilannya itu menunjukkan dirinya yang sebenar dan sekiranya tidak selesa, dia meminta mereka untuk ‘unfollow’ akaunnya di media sosial. "Disebabkan itu, tolong ‘unfollow’ saya kalau awak tak senang dengan saya yang semakin bertumbuh, sebab saya ada banyak lagi muzik, muzik video, promosi, persembahan, penggambaran pada masa akan datang." "Sayang dan cahaya buat semua ‘haters’ sebab mereka sangat memerlukannya. Dan juga tolong ‘unfollow’ saya kalau awak rindu ‘yuna yang dulu…’, awak pun tak kenal saya yang dulu juga ha!! Terima kasih." Sumber: Oh Bulan |
maricruzestrada replied at 29-8-2024 08:59 AM
ingat yuna tak layan
ADVERTISEMENT