CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Kemunculan Abang sado JPJ di perbarisan raptai penuh bakal ‘tenggelamkan’ abang sado bomba

29-8-2024 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25440| Komen: 111

 


PETALING JAYA – Kemunculan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertubuh sasa dalam perbarisan raptai penuh sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pagi tadi menarik tumpuan ramai sehingga beberapa rakaman video memaparkan aksi mereka tular di media sosial.

Kelihatan wira jalan itu segak memakai seluar uniform serta baju T tertera logo JPJ serta Malaysia Madani selain terdapat tulisan “Jiwa Merdeka 67”.

Dalam pada itu, ada yang berseloroh mengatakan anggota JPJ terlibat mampu mengalahkan ‘abang sado’ daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kali ini.

Pada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 lalu, pengunjung yang hadir di sekitar Dataran Putrajaya bersorak kuat apabila jentera bomba berarak melintasi mereka.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi anggota bomba yang membawa sepanduk pick-up line tertera ayat “Api memang panas tapi anda semua penyejuknya”.


Satu lagi sepanduk ditulis dengan ayat “Sayang kamu ketat-ketat” sekali gus membuatkan pengunjung di dataran itu menjerit kegembiraan.

Bagaimanapun, sambutan ke-67 yang bakal berlangsung Sabtu ini selama dua jam akan memperlihatkan persembahan acara perbarisan dan perarakan bertemakan “Jiwa Merdeka”.


Antara acara lain yang bakal memeriahkan suasana adalah penampilan 25 pancaragam, 479 aset ketenteraan dan pertunjukan udara melibatkan kira-kira 17,000 peserta daripada 59 kontinjen. 

Sumber – KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-8-2024 03:24 PM
xpernah tgk pun jpj join sblm ni
Quote vanillaninja 29-8-2024 03:32 PM
JPJ tak nak kalah ke tu.
Quote ekselen 29-8-2024 04:56 PM
tp unipom abg bomba lg gah gitu...pdn ngan kesadoan depa huhu...
Quote supernaturalee 29-8-2024 05:00 PM
bomba looks much better

not like this is some kind of competition or whatever

Quote lightheaded67 29-8-2024 05:11 PM
nnti time hari prarakan tu, dua dua buat aksi eksyen posing2 sikit, sama je dua dua team mesti adek kakak acik acik jerit. td raptai pon kemain tkinja kinja penonton, tp sni acik bomba jelah
Quote gangerina 29-8-2024 05:29 PM
I nak tunggu abg polis pulak sbb so far semua tembam2 je...
Quote PULANGKAN 29-8-2024 05:35 PM
aim Iols, 2 je

sama ada abam bomba, ataupun abam komando
Quote scorpionkiki 29-8-2024 05:46 PM
Gedik masing2...tp seronok tengok orang ramai happy2
Quote Perawankota 29-8-2024 06:00 PM
Lantaklah korang, asalkan korg bahagia
Quote cucutokwan89 29-8-2024 06:00 PM
Edited by cucutokwan89 at 29-8-2024 06:02 PM

katanya kastam pun htr brader sado. Budak opis daku syak diorg ni sume staf upahan. Hahaha..xcaya gamaknya org gomen gi gym
Quote sapeka 29-8-2024 06:01 PM
Dok berlawan tubuh pulak
Aduh
Quote antidote 29-8-2024 06:18 PM
Sama! Haha mak nak tgk 69 komando jahh
Quote penmerah 29-8-2024 06:24 PM
Bole la tapi aummm lagi laki aku
Ehhhh tiberrrr
Quote TeropongThaico 29-8-2024 06:25 PM
Harap lepas ni makin banyak yg hantar staff2 yg good looking le baru merechik

Aiol tlg doakan je utk achik2 yg bersemangat tengok perarakan dilokasi. Aiol sendiri selalunya mmg tak tgk le sibuk mengadap benda lain
Quote kotakbaju 29-8-2024 06:53 PM
Kalau la memang betul kebanyakan staf2 badan beruniform ni memang sado2 belaka kira ok la tu, nampak betul fit, gagah perkasa. Ini jangan select pulak, time nak perarakan je pilih2 berapa ketul je yang sado2 untuk wakil setiap badan beruniform. Yang lain2 kebanyakan gundu2 belaka
Quote kotakbaju 29-8-2024 06:54 PM
penmerah replied at 29-8-2024 06:24 PM
Bole la tapi aummm lagi laki aku
Ehhhh tiberrrr

Kalau tak bini sendiri yang puji sapa lagi kan.
Quote alesandra 29-8-2024 06:56 PM
Saje je  hadap jeritan kegersangan
Quote alesandra 29-8-2024 06:57 PM
PULANGKAN replied at 29-8-2024 05:35 PM
aim Iols, 2 je

sama ada abam bomba, ataupun abam komando

Abam komando x leh gedik2
Quote xy_daen 29-8-2024 07:13 PM
Yang sado dari gomen ni tak sampai 1% pun. Lenlain gundu

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.182341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top