CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pemuda Baru 19 tahun, gaji RM1,100 mohon ‘full loan’ beli X50

30-8-2024 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45382| Komen: 34|Original author: YgBenar


 


PETALING JAYA – Seorang pemuda berusia 19 tahun menjadi bualan netizen selepas tular di media sosial tangkap layar perbualan WhatsApp dia bersama seorang jurujual kereta bertanyakan mengenai pinjaman penuh untuk membeli kenderaan.

Menarik perhatian apabila dia yang baru memiliki gaji sekitar RM1,100 sebulan mahu membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50.

Menerusi maklumat yang diberikan kepada jurujual, pemuda itu bekerja dalam sektor swasta dan belum pernah membuat sebarang pinjaman sebelum ini.

Pada awalnya, dia bercadang mahu membeli Proton X70, namun merasakan bayaran bulanan kenderaan itu terlalu tinggi dan menukarkan kepada X50.

Bagaimanapun, jurujual terbabit cuba menasihatinya agar memilih jenis kereta lain memandangkan bayaran bulanan SUV itu melebihi gaji bulanannya.

“Ramai budak-budak nak kereta ‘ada-ada’. Kebanyakan umur 17 hingga 21 tahun nak kereta Proton X50, Honda Civic, Yoyota Vios dan Honda City. Minta beli Produa Axia, Proton Saga tak minat katanya. Cabaran betul generasi sekarang,” kata jurujual itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan rata-ratanya menegur sikap segelintir anak muda yang sanggup jatuh miskin semata-mata mahu memiliki kereta mewah.

“Suruh dia pergi buat lesen dulu. Lesen pun dah dekat RM1,500,” seloroh @a.a.b.k.

“Orang muda sekarang suka bersaing kereta siapa lagi hebat. Sedangkan gaji baru RM2,000. Setiap bulan banyak duit kereta mahal, sangkup ikat perut tak puj mnta duit mak ayah untuk belanja lain,” kata Jefryy.

“Biar papa, asal bergaya. Sesuai la sangat dengan situasi ini. Tapi apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri,” pesan Syakila. – KOSMO! ONLINE

Sumber : kosmo 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 29-8-2024 07:13 PM
Bli je kat mudah.my tu...jgn ckp kereta 2nd, org xkan tau.
Quote Kuin-Kepam 29-8-2024 11:57 PM
Selamat makan biskut kering tengah bulan dekkk. Kereta tu commitment tau.. Semoga nyenyak tido mlm
Quote TOPwind 30-8-2024 05:21 AM
AkokKocik replied at 29-8-2024 07:13 PM
Bli je kat mudah.my tu...jgn ckp kereta 2nd, org xkan tau.

nape banyak nak jual X50 ni


probelem ke kena banjir atau tak mampui bayar.


tolong huraikan, boleh?
Quote Thunderclouds 30-8-2024 07:41 AM
Sebulan sekali up cita yg sama.
Motipppp??????
Quote ultra78 30-8-2024 07:45 AM
Menunjukkan kesedaran kewangan rakyat malaysia ni di tahap rendah. Bila tua kelak kena scam.
Quote Weller 30-8-2024 07:48 AM
junior tempat kerja aku dulu pun geli nak sebut proton saga or iriz. zikir bezza full spec or myvi full spec. ni baru jumpa sorang newbie rare nak beli saga as first car.


huhuhu
Quote pokokmeranti 30-8-2024 08:05 AM
ini semua disebabkan nak kejar pepek perempuan...maka kena tjk gaya yg hebat dan berkemampuan wlupun hakikat hidupnya mee segera
Quote Minami2013 30-8-2024 08:09 AM
Layak beli motor je gaji gitu.

Quote Kitty_catz 30-8-2024 08:17 AM
Thunderclouds replied at 30-8-2024 07:41 AM
Sebulan sekali up cita yg sama.
Motipppp??????

berlumba2 kumpul tacang .. kan end of the month
Quote Kitty_catz 30-8-2024 08:18 AM
konten SA nak jadi viral



Quote ezacbee 30-8-2024 08:44 AM
Ada lagi ke gaji 1.1k? Bukan sekarang 1.5k?

Aku rasa cam tipoo je. Demi content.
Quote pejol 30-8-2024 09:03 AM
hebat la ko dik..aku gaji 1.6k pon tk brann nak apply,takut kecundang di pertengahan
Quote cm_vungtau 30-8-2024 10:00 AM
Apa hal la orang nak beli kereta gaji berapa pun ko yang pening pehal? Pandai la dia nanti. Kot2 bapak dia kasi elaun ke. 19 tahun oklah tu. Anak aku 19 tahun pun ada kereta, walaupun gaji 0, tengah study
Quote ifanonline 30-8-2024 10:03 AM
sebenarnya ini bukan masalah budak tu...tetapi masalah bangsa melayu itu sendiri di mana budaya subtle menyembah dan memuja kereta seperti menyembah tuhan
Quote yenil95 30-8-2024 10:06 AM
halah halah budak baru pegang duit ni..Matematik campur tolak gagal ke?..

Ramai je achik tengok budak grad obersi dah kerja pakai saga basic dan iriz dikk.
Quote emera 30-8-2024 10:14 AM
Kuin-Kepam replied at 29-8-2024 11:57 PM
Selamat makan biskut kering tengah bulan dekkk. Kereta tu commitment tau.. Semoga nyenyak tido mlm : ...

Tu pun kalau ada duit belen nk beli biskut kering. Buatnya dia dpt idea pegi lepak chowkit mintak makanan yg irg sediakan utk gelandangan, haru juga.. keta besar tp makan nk free.. jenis2 gini laa kalu nmpk.
Quote hayrin86 30-8-2024 10:23 AM
Kuin-Kepam replied at 29-8-2024 11:57 PM
Selamat makan biskut kering tengah bulan dekkk. Kereta tu commitment tau.. Semoga nyenyak tido mlm : ...

Itu kalau bukan secara tunai..

Quote Chakepom 30-8-2024 10:31 AM
jgn lupe tiap2 tahun nak kene idop roadtax insurans tu.
Quote prettyuglybabe 30-8-2024 10:41 AM
hasanah versi proton

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.278125 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top