CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ular sawa besar sambar muka pesohor media sosial

30-8-2024 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26085| Komen: 26

 


WASHINGTON – Seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian orang ramai selepas nyaris menjadi mangsa seekor ular sawa besar, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prehistoric Pets, Jaw Brewer kerap  berkongsi video menarik tentang ular dan reptilia lain di zoo miliknya. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jayprehistoricpets, dia dilihat mengendalikan seekor ular sawa betina yang diletakkan di dalam sebuah kotak bersama telur-telurnya.


Sebaik membuka pintu sangkar, reptilia itu menyambar dan cuba menggigit muka Brewer.

Bagaimanapun, refleks pantas berjaya menyelamatkan Brewer daripada serangan itu. 

“Nyaris saja. ‘Gadis’ berbadan besar ini menyerang sebaik saya mengalihkan pandangan. Ular bukan sahaja licik tetapi sangat bijak,” demikian menurut keterangan klip  video itu. 

Rakaman itu mendapat lebih 15.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Adakah ia melindungi telurnya atau anda merupakan makanannya?,” tanya seorang netizen. 

“Itu serangan yang sangat kuat. Rasanya mungkin sama seperti tumbukan daripada Mike Tyson,” kata netizen lain. – AGENSI


Sumber – KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 30-8-2024 11:30 AM
Bidio lama.
Content dia byk tunjuk segala mala ular/haiwan tgh agresif.
Kna gigit pn hada.
Quote lilacomot 30-8-2024 11:37 AM
serammm
Quote any42 30-8-2024 11:43 AM
Uishhh klau yg xbiasa hndle maunya tkincing tverak kt situ
Quote sapeka 30-8-2024 11:44 AM
Mmg biasa tgk camni kat video dia
Quote Belibis 30-8-2024 11:55 AM
Urban lejen forum..
Ular akan puasa beberapa hari bila dia nak ngap tuan ..[em:3:]
Quote imransulaiman 30-8-2024 01:45 PM
Kat pameran ular mana dulu tak ingat..tapi saya ada try pegang ular sawa warna kuning tu...letak kat tengkuk..sejuuuuuk je badan ular ni
Quote syamzana 30-8-2024 01:54 PM
eeuwwww...geli dan menakutkan

kat ig (pompuan dayak kalimantan) selalu tnjuk masak2 ular, buaya, kepala buaya buat sup sume hewan dia makan asalkan berdaging.
ads satu video tgh malam naik moto nak blk rumah nmpk ular sawa kecik je katanya (bg i beso sgt dah tu) dok melingkar pastu dia ambil stick tangkap ular boh dlm raga bawah seat moto. next day dia tnjuk gulai daging ular sawa tu pakej cara2 bunuh+siang

tetiba rasa kesian plak kat ular
Quote AJENALI 30-8-2024 02:06 PM
syamzana replied at 30-8-2024 01:54 PM
eeuwwww...geli dan menakutkan

kat ig (pompuan dayak kalimantan) selalu tnjuk masak2 ular, buaya, ke ...

Apa nama ig dia sis? I nak follow, tq sistur
Quote green~tea 30-8-2024 02:27 PM
Dia baru bertelur kot.. mesti la garang
Quote syamzana 30-8-2024 03:09 PM
AJENALI replied at 30-8-2024 02:06 PM
Apa nama ig dia sis? I nak follow, tq sistur

jap kene mencari sbb lalu di explorer.
i  folo venavee tu dayak jugak mcm2 makan jugak, ada jugak la msk ular pelbagai.
tp yg sorg ni lg extreme sbb tgkap dan siang skali pastu sup kepala buaya tu plg epik
nati jmp i tepek
Quote KamikuP 30-8-2024 03:30 PM
Apanama ig tu sis? Meolls suka tengok ular  dan binatang eksotik kayak gini ekekeke
Quote noah8670 31-8-2024 03:07 PM
besor nya ular
Quote Tinot7 31-8-2024 03:13 PM
Sumer tu teloq dia ka?
Quote sharlenetexas 31-8-2024 03:15 PM
syamzana replied at 30-8-2024 01:54 PM
eeuwwww...geli dan menakutkan

kat ig (pompuan dayak kalimantan) selalu tnjuk masak2 ular, buaya, ke ...

Jimat duit tak payah beli daging.

Quote misszazaz 11-9-2024 04:49 PM
serannnnn
Quote syamzana 14-9-2024 06:26 PM
AJENALI replied at 30-8-2024 02:06 PM
Apa nama ig dia sis? I nak follow, tq sistur

dah jmp....ig: norlela100
Quote bottombikini 14-9-2024 06:40 PM
syamzana replied at 30-8-2024 01:54 PM
eeuwwww...geli dan menakutkan

kat ig (pompuan dayak kalimantan) selalu tnjuk masak2 ular, buaya, ke ...

kat kalimantan ulo sawa beso2 anaconda
sbb tu dia kata kecik

eiii mati kena makan ulo jugak karang pakcik ni
Quote missnina 14-9-2024 10:28 PM
Seram iollls
Cukuplah dulu lilit ular masa g taman rekreasi mana entah. Tak naklah ulang
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:33 AM
Takut

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033343 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top