CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pesakit Tak Ada, Tapi Mesin Catat Bacaan Jantung Lebih 200! - “Pesakit Turun ‘Strecher’ Pergi Tandas. Ada Pesakit ‘Lain’ Pula Duduk Atas Tu" ... ...

30-8-2024 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26117| Komen: 15

 


PETALING JAYA – “Pesakit turun ‘strecher’ pergi tandas. Ada pesakit ‘lain’ pula duduk atas tu. Kadar denyutan jantung lebih 200! Pukul 1 pagi ya, datang senyap-senyap nak tumpang tidur”.

Itu perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Kakruz tentang situasi menyeramkan di sebuah pusat perubatan.

Menerusi hantaran video berkenaan, jelas dapat dilihat tempat berkenaan kosong, namun bacaan pada mesin berhampiran dipercayai elektrokardiogram, terdapat rekod bacaan dicatatkan seolah-olah ada yang sedang duduk di atas katil pesakit terbabit.

Berdasarkan perkongsian di laman sesawang Gleneagles Hospital Malaysia, kadar denyutan jantung biasa manusia jatuh dalam julat 60 hingga 100 denyutan seminit (bpm) semasa rehat.

Rata-rata pengguna mengatakan situasi berkenaan sangat menyeramkan, malah tidak kurang juga ada petugas-petugas hospital yang turut berkongsi pengalaman serupa.



“Dekat wad kita pun pernah jadi macam ni. Pesakit tak ada pun tiba-tiba ada ‘rhythm’,” kongsi @Qairaqhalif.

“Kita pun selalu kena. Tiba-tiba ja ada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung la, bacaan paras oksigen dalam darah la…,” kata seorang lagi pengguna.

“Selalu kena macam ni masa HO (doktor pelatih) dulu. Dekat ‘cubicle’ yang sama ja,” ujar pengguna yang lain.

Lebih menyeramkan, ada netizen yang mendakwa ternampak kelibat bayi di atas katil pesakit berkenaan.

“Saya tengok video ni dengan anak. Dia kata ada ‘baby’ atas katil. Saya tanya kat mana ada ‘baby’? Dia tunjuk atas katil. Dia kata kasihan ‘baby’ adik,” kongsi @fiezalewis0. 


Sumber – KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 30-8-2024 10:51 AM
alahai bodohnya
Quote Thunderclouds 30-8-2024 11:25 AM
Menguap aku
Menda gini pn gigih bukak tered
Quote imransulaiman 30-8-2024 01:58 PM
Nak tunjuk harta kelengkapan kerajaan malfunction ke?

Teringat dulu arwah makcik saya ditempatkan di zon merah. Mesin tiba-tiba bacaan tak menentu. Arwah makcik saya pula masa tu tak sedarkan diri. Kami semua dah panik. Tiba-tiba nurse datang...boleh pula dia cakap - mesin ni ada problem cik..jangan panik ye..!

Hangguk dia kita tak panik! Dah lah dia datang berlenggang untuk explain. Tu pun lepas abah saya panggil 2 3 kali!


*disclaimer - saya tak kondem apa-apa atau siapa-siapa ye...cuma nak "komen" video bongok ni je
Quote Goodluckdontcry 30-8-2024 03:12 PM
Mmg betul ada mesin yg loklaq...ms abg den msk hospital eksiden...waktu mesin tu nurse tanggalkan wayar dr tgn abg den, elok je dia tek tek tek berbunyi... kehkehkeh hampeh betul..pastu lg satu, mesin cek kencing manis, abis satu bilik kene serangan kencing manis sbb paras bacaan belas2 belaka....rupanya mesin xbetul...naya jer... kehkehkeh
Quote KamikuP 30-8-2024 03:17 PM
Bongoknya vidio ini
Quote MarryPottet 30-8-2024 04:13 PM
Maknanya selama ni nurse ambil bacaan yg bukan ori bacaan sebenar utk pesakit tu lah kan
Atau sebenarnya dlm badan pesakit tu ada saka menumpang?
Quote dua_chzy 30-8-2024 04:20 PM
Eh ni biasa. Aku pun pernah alami kat sepital. Katil seblah takda orang tapi mesin tunjuk vital sign. Aku husnuzon ja mesin glitch.
Quote mayaHD 30-8-2024 04:29 PM
kesian hantu
Quote AbukRokok 30-8-2024 04:40 PM
imransulaiman replied at 30-8-2024 01:58 PM
Nak tunjuk harta kelengkapan kerajaan malfunction ke?

Teringat dulu arwah makcik saya ditempatkan d ...

ni kalau kne time covid ni mesti nurse kasi bakar,,,..dah kritikal ni pakcik kne kasi tido kan
Quote imransulaiman 30-8-2024 04:50 PM
AbukRokok replied at 30-8-2024 04:40 PM
ni kalau kne time covid ni mesti nurse kasi bakar,,,..dah kritikal ni pakcik kne kasi tido kan {:1 ...

Wakakakakaka! Hampeh tol! Satu hospital dia bakar!
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:32 AM
Seram
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:33 AM
Betul keni
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:33 AM
Ke barang rosak
Quote pagaruyung 16-9-2024 08:20 AM
Mesin dgn otak kau pg tukar baru
Quote Tinot7 16-9-2024 07:34 PM
Tiktok currently unavailable..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.082067 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top