Pendakwah bebas, PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau susulan berbaring seketika sewaktu menunggu masuk waktu maghrib. Hal tersebut dinyatakan oleh PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29 menerusi Instagramnya apabila terkejut ditegur dengan suara kuat oleh seorang pak cik yang menyelia surau yang dihadiri. Ujarnya, dia memang bukan individu yang kerap mendapat peluang datang ke surau, namun mengambil kesempatan untuk baring sebentar sementara menunggu waktu solat fardu.
Namun tidak disangka-sangka dia dikejutkan dengan suara yang agak kuat menyatakan tidak boleh tidur di ruangan tersebut. “Sajala kongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainnya, haritu saja la tunggu kan wanktu solat…" “Last terjekut i kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la,” tulisnya." PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau, padahal ada hadis yang benarkan Tambah PU Riz, menunggu waktu solat dengan beriktikaf di dalam surau atau masjid sememangnya mempunyai manfaat serta dituntut dalam agama. Dia juga turut menyertakan sekali hadis yang menyatakan hal tersebut. Beza situasi jika di Masjid Nabawi Perkongsian yang dibuat oleh suami kepada usahawan selebriti terkenal, Neelofa itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman hampir sama seperti yang dilalui oleh PU Riz dan berharap orang-orang yang menyelia masjid ataupun surau lebih peka tentang perkara itu. Orang2 masjid kena celik ilmu juga Ada yang pernah alami situasi hampir serupa Sumber – OhMyMedia |
Barebow77 replied at 6-9-2024 08:26 AM
Hasben aiol penah kena perli dengan pakcik2 surau katanya baju melayu ada bekas lipat lagi coz baru ...
prince_marhaen: berterabur ye caption bini Jah ...
katakauu replied at 6-9-2024 09:03 AM
hAHAHahAAhAHaHA PAdAn MUka KenA jerkah patUTnYa libas je bini jahlop ni
mcm lembab je huruf besau k ...
ADVERTISEMENT