CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Di sana (rumah Pengasih) baba ada bilik khas sendiri dan hanya kami berdua sahaja di bilik itu" – Osama Yamani

9-9-2024 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16878| Komen: 35

 


Pengalaman pernah membesar di rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menjadi antara kenangan yang tidak dapat dilupakan penyanyi Osama Yamani.

Kongsi Osama, 23, bapanya iaitu penyanyi Datuk Jamal Abdilllah pernah membawanya untuk tinggal bersama di rumah Pengasih selama dua bulan.

“Waktu itu saya berusia lapan tahun. Ketika itu rawatan baba (nama panggilan ayahnya) di Pengasih belum pulih sepenuhnya.

“Di sana baba mempunyai bilik khas sendiri dan hanya kami berdua sahaja di bilik itu.

“Walaupun usia saya masih kecil pada ketika itu, tetapi ada banyak kenangan yang saya tidak dapat lupakan bersama dengan penghuni rumah pengasih,” katanya.

Osama yang ditemui ketika sesi latihan muzik di sebuah studio muzik di Taman Melawati, di sini kelmarin turut memberitahu sepanjang tempoh berada di rumah pengasih dia tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.


Namun, atas beberapa faktor Jamal kemudian menghantar Osama ke pulang ke Ipoh, Perak untuk dijaga oleh keluarga.


“Sepanjang di sana saya tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Baba akan menghantar saya ke sekolah dengan sebuah kenderaan khas yang disediakan oleh pihak Pengasih.

“Pulang sekolah juga mereka akan jemput saya seperti biasa. Tetapi, disebabkan jadual kerja baba yang agak padat, dia tidak berpeluang untuk meluangkan masa menjaga saya di sana.

“Disebabkan itu saya pulang ke Ipoh dijaga oleh nenek. Tetapi jika waktu cuti sekolah saya akan bersama baba di sana,” katanya.

Berkongsi pengalaman membesar di rumah Pengasih, Osama berkata, dia mendapat layanan baik sepanjang tempoh berasa di sana bersama ayahnya.

Malah, penghuni Pengasih turut banyak memberikan nasihat dan tidak memberikan pengaruh negatif kepada dirinya.


“Penghuni di situ banyak menasihati dan saya sangat bersyukur kerana di kelilingi oleh orang yang dahsyat selain banyak menasihati saya agar tidak terjebak dengan perkara tidak baik.

“Walaupun masyarakat di luar memandang serong, tetapi pada saya mereka ini orang yang baik dan selalu mengajak melakukan perkara kebaikan,” katanya.

Sekadar info, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, pernah menjalani kehidupan di rumah Pengasih Bukit Tunku, Kuala Lumpur selama lima tahun pada 2011. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 9-9-2024 02:19 PM
ambil iktibar atas apa yg berlaku. moga tidak berulang lagi kisah perit babanya
Quote primarikey 9-9-2024 02:24 PM
Anak2 bujang acik jamal nmpk baik je
Jenis yg beradab dan pandai bawak diri
Quote Mary_jane 9-9-2024 03:16 PM
Banding dengan osama ni, i prefer suara zaki.
Quote akies 9-9-2024 03:23 PM
Ooh si abang masa kecik dpt stay dengan baba.
Si zaki pula sampai baba sorok2 jumpa di kt sekolah.

Quote supernaturalee 9-9-2024 04:20 PM
semua berspek hitam
udah mcm kumpulan pancha sitara


Quote sleepandream 9-9-2024 04:30 PM
masa ni osama baru lahir agaknya
[youtube]HKa8d-3rBlg?si=KZprkxKUtGpSIbyQ[/youtube]
Quote stania83 9-9-2024 04:30 PM
anak sulung kan patutla held special place kat jamals hearts, next anak tak jaga sangat kan..pengasih tu berbayarr hence special treatment
Quote tompie 9-9-2024 04:32 PM
5 tahun eh Tok Mal duduk rumah pengasih. hebat.. tabik spring
Kebanyakan yang aku tahu yang duduk rumah pengasih ni mmg niat diorang nak pulih..
Yang dah sedar..
Mcm tok mal ni masalah dia yang paling besar sebab dia banyak duit.. so takde masalah kalau nak beli dadah.. anytime aje.. mental kena kuat gila untuk lawan nafsu dadah ni..
Anyhoo, semoga Tok Mal, Mamat, Zamani, Radhi dan semua mereka yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah untuk melawan godaan nafsu dadah ini. Amiin.
Quote TerataiMelur02 9-9-2024 04:33 PM
sleepandream replied at 9-9-2024 04:30 PM
masa ni osama baru lahir agaknya

Cantiknyaaaaa tokti..kenapa takde retis sekarang cukup pakej macam tokti? Cantik, suara lemak merdu..
Quote kotakbaju 9-9-2024 06:33 PM
supernaturalee replied at 9-9-2024 04:20 PM
semua berspek hitam
udah mcm kumpulan pancha sitara

Gelak aku baca
Quote kotakbaju 9-9-2024 06:38 PM
TerataiMelur02 replied at 9-9-2024 04:33 PM
Cantiknyaaaaa tokti..kenapa takde retis sekarang cukup pakej macam tokti? Cantik, suara lemak merd ...

Cantik betul kan tokti time ni. Sedap pulak suara dia bawak lagu ni.

Tapi betul la kan. Zaman sekarang macam dah takde lagi penyanyi macam tokti ni.
Quote Olumis 9-9-2024 08:10 PM
Comelnya Siti. Memang dah pupus kot penyanyi full package macam ni. Yang ada sekarang ni memang berbakat besar tapi wajah kelaut or biasa2 sahaja.
Quote Insomniac 9-9-2024 11:53 PM
Banyak vip prihatin dgn jamal time die kat pengasih. Kire macam aset negara jugakla. Itu pasal they make sure jamal pulih dari dadah
Quote Duriand24 10-9-2024 12:04 AM
Insomniac replied at 9-9-2024 11:53 PM
Banyak vip prihatin dgn jamal time die kat pengasih. Kire macam aset negara jugakla. Itu pasal they  ...

Tp bagus betul kan even amik dadah hardcore jugak dulu benihnya itu so strong ya. Dah tua pun subur kikiki. Rezeki Allah kan. Alhamdulillah.
Quote doubleA 10-9-2024 12:15 AM
Olumis replied at 9-9-2024 08:10 PM
Comelnya Siti. Memang dah pupus kot penyanyi full package macam ni. Yang ada sekarang ni memang berb ...

Khen? Iols pun setuju. Full package tokti ni dan tiada ganti setanding dia lagi so far
Quote siasia 10-9-2024 02:49 AM
Dulu lamaa dia kawen ngan isteri first yg nama Dee tu kan. Setia dia dgn tok mal.
Quote Shayang 10-9-2024 08:10 AM
tompie replied at 9-9-2024 04:32 PM
5 tahun eh Tok Mal duduk rumah pengasih. hebat.. tabik spring
Kebanyakan yang aku tahu yang duduk ru ...

Masuk pengasih tu pun berbayor, tokmal ni beza ngn penagih yg lain tu dia ni kira kategori T20 hat lain tu dahla duit takde duk pau duk mak pak adik badik minta sana sini

Hampir 5 dekad dia menyanyi dan masih bertahan hingga hari ni walaupun penah terjerumus ngn dadah.
Semuanya letak atas diri sendiri, nk terus hanyutt atau nak berubah.

Quote Shayang 10-9-2024 08:12 AM
siasia replied at 10-9-2024 02:49 AM
Dulu lamaa dia kawen ngan isteri first yg nama Dee tu kan. Setia dia dgn tok mal.

osama ni pun baik ngn dee tu aku mcm penah tgk kat ig dia ada panggil dee ni apa tah ,osama pun penah ckp dia ada byk mak dan dia sayang semuanya tp paling dia sayang mak kandung dia la ha gitu dia sebut.
Quote Shayang 10-9-2024 08:15 AM
sleepandream replied at 9-9-2024 04:30 PM
masa ni osama baru lahir agaknya

Tok mal plak jd juara bintang RTM tahun 1979 waktu siti baru lahir

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.138436 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top