CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemburu tangkap aligator gergasi seberat 363.78 kg

9-9-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41054| Komen: 12

 

GREENWOOD, MISSISSIPPI – Sekumpulan pemburu menangkap seekor aligator gergasi yang memiliki berat 363.78 kilogram di sebatang sungai di negeri Louisiana sempena Musim Memburu Aligator Mississippi 2024, lapor saluran berita Mail Online kelmarin. 

Kumpulan terdiri daripada enam orang itu menangkap aligator sepanjang 426.7 sentimeter atau 14 kaki di Sungai Yazoo yang mengalir lebih 3218 kilometer merentasi negeri Mississippi dan Louisiana. 

Ia sekali gus memecahkan rekod tahun ini, selain diiktiraf sebagai aligator terbesar yang pernah ditangkap di negeri tersebut. 

Dalam catatan di laman sosial, seorang pemburu tersebut dikenali sebagai Sasser berkata, pasukannya seperti ‘tidak percaya’ apabila pulang membawa reptilia tersebut kelmarin. 

“Kami menempuh pelbagai cabaran seperti hujan monsun selama lebih 3 jam, merempuh 2 tiang, terselamat daripada maut beberapa kali tetapi masih berjaya membawa ‘raksasa’ ini pulang,” katanya. 


Seorang pemburu lain, Brandi Robinson berkata, aligator gergasi itu dikesan kira-kira 228 meter dari bot mereka. 

“Bot kami perlahan-lahan menuju ke arahnya. Kami menunggu sekitar 45 minit untuk aligator ini kembali ke permukaan sebelum bergelut dengannya selama sejam,” kata Robinson. 

Tidak jelas peralatan yang digunakan tetapi pemburu dibenarkan untuk menggunakan segala jenis peralatan untuk menangkap aligator dalam pertandingan itu termasuk senjata api. 

Pasukan itu menaikkan tangkapan mereka ke dalam bot dan membawanya kepada syarikat pemprosesan daging tempatan, Red Antler. 

Aligator terbesar pernah direkodkan adalah sepanjang 584 sentimeter (19 kaki) dan seberat 1,043 kilogram di Louisiana pada tahun 1890. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 10-9-2024 12:48 AM
ingatkan greenwood gombak.
Quote lolipopmanish 10-9-2024 12:59 AM
Makan apa jadik beso gini????
Quote dua_chzy 10-9-2024 01:08 AM
Idok la panjang sangat. Berat jur.
Quote dua_chzy 10-9-2024 01:10 AM
Besar rahang heshe. Skali ngap ja, boleh masuk half badan lelaki first paling kiri tu.
Quote riyadhK 10-9-2024 01:10 AM
Isu semasa jadah bewak apa kaitan dgn rakyat malaysianya TT oiiiii.
Quote ninja boy 10-9-2024 02:41 AM
Bagusla hobbi mat salleh sana, sini Malaysia hobi memburu makanan
Quote liyamariska 10-9-2024 08:38 AM
besar gak saiz aligator nih...
Quote sapeka 10-9-2024 08:44 AM
Besar tu
Quote Thunderclouds 10-9-2024 09:02 AM
1 Mississippi 2 Mississippi 3 Mississippi....
Quote clueless_gamer 11-9-2024 07:14 AM
diorang kalau buat rendang ni boleh kenyang makan sekampung gais
Quote lightheaded67 11-9-2024 07:31 AM
Edited by lightheaded67 at 11-9-2024 07:34 AM

aiol slalu dok ttanya tpikir apo beza alligator dgn krokodai. pdhal leh je gugel
kalau acik gator molot u, kalau acik krokodai molot v. pastu gigi pon tak sama katenye. baiklah sy phm
Quote sangbara2020 11-9-2024 09:05 AM
mcm tgh tersenyum jah dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044534 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top