CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jue Aziz Akhirnya Kembali Bergelar Isteri 18 Ogos Lalu - "“Umur Dia Pun Rahsia. Tapi Dia Lebih Muda Daripada Saya"

10-9-2024 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23962| Komen: 72



Status pelakon Jue Aziz akhirnya terjawab apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati dikenali sebagai Ridwan dalam satu majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu.

Memetik mStar Online, Jue berkata dia dan suaminya sudah lama mengenli antara satu sama lain sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tapi apa boleh saya katakan kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin. Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi percepatkan permintaan ibu saya yang dah berusia.

“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya.

Turut memuat naik video hari bahagianya di Instagram, Jue berkata Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya namun tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai suaminya.



“Umur dia pun rahsia. Tapi dia lebih muda daripada saya. Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya,” katanya.


Terdahulu, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia, Bayu Praman pada 2014 namun bercerai pada 2019. Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat, Darwish Naufal.



Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 10-9-2024 07:46 AM
Tahniah jue, semoga bahagia ke jannah.. Cantiknya mekap
Quote chandrahusin 10-9-2024 07:51 AM
Cantik gebu betul Jue ni
Org cantik artis plk tu ada je jodoh
Quote riyadhK 10-9-2024 07:57 AM
Lawanya jue. Tahniah.
Quote Mrs.lara 10-9-2024 07:59 AM
tahniah.. moga berbahgia dgn jodoh baru..
Quote MistrezHermanaz 10-9-2024 08:49 AM
ada iras laki intan ladyana la pulekk
Quote Supersirap 10-9-2024 08:54 AM
Tahniah diucapkan
Quote noor2 10-9-2024 08:59 AM
Muka dia ni awet mudanya....mcm umur 20an..
Quote lasagna 10-9-2024 09:09 AM
putih melepaknya muka asben sheolssss..
tahniah Jue!!
Quote cempakaa 10-9-2024 09:11 AM
Cantik mekap. Tahniah
Quote hashashes 10-9-2024 09:15 AM
Suara jue ni mahal
Quote Ai_kiu 10-9-2024 09:19 AM
Tahniah
Quote BoongaKertas 10-9-2024 09:20 AM
lawa lah jue ni. tahniah!
Quote xtinkerbellx 10-9-2024 09:21 AM
Cantiknye Jue
Quote Cempedaknangka 10-9-2024 09:25 AM
Tahniah jue,...cntik putih gebu dia ni...suami pn hensem....sesuai sgt
Quote lilacomot 10-9-2024 09:48 AM
dua2 putih lepuk...tahniah...semoga till jannah
Quote suri33 10-9-2024 10:36 AM
Dari dulu tak pernah tak cantik dia ni.
Quote princessmiang 10-9-2024 10:44 AM
She ni lawo betul.. setuju dengan kata2 poromer sheols yang wajar kalau nak berniqob.. bukak kokping & jahbungkos.. dua2 berlemoih
Quote BellaThePrinces 10-9-2024 10:51 AM
suara jue ni husky sexy kan...

teringat kisah cinta dgn jehan dulu..
Quote selipar_hijau 10-9-2024 11:04 AM
Lawanya jue dari dlu smpai skrg
Teringat citer hantu kak limah yg dia jadi bini si wanie tu, jilake ingatkan dia hantu. Lawak part dia balik start motor tu

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.033884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top