Pelakon terkenal Rozita Che Wan, yang lebih mesra dipanggil Che Ta, semakin jarang muncul di kaca televisyen, namun dia menegaskan bahawa situasi tersebut bukanlah petanda bahawa dia akan bersara daripada dunia lakonan. Sebaliknya, pada usia 51 tahun, Che Ta memilih untuk lebih selektif dalam menerima tawaran, khususnya genre yang ringan dan tidak memberi tekanan. Rozita menjelaskan bahawa keputusannya untuk mengurangkan penglibatan dalam drama bukanlah kerana ingin mengundurkan diri, tetapi disebabkan komitmennya yang semakin bertambah dalam menguruskan perniagaan dan keluarga. “Kurang berlakon bukan sebab saya nak berundur, cuma mungkin kebelakangan ini saya semakin sibuk mengendalikan bisnes dan menguruskan keluarga,” ujarnya. Bintang drama popular Kiah Pekasam itu juga menyatakan bahawa dia sudah lama menjadi lebih selektif dalam memilih naskhah yang ingin dilakonkan.
“Sebelum ini pun saya agak selektif pilih genre sesuatu naskhah yang menyebabkan kelibat saya boleh dikira dengan jari muncul di kaca televisyen,” katanya. Namun begitu, Che Ta menegaskan bahawa sikap selektif ini bukanlah bermaksud dia cerewet, sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan mental dan fizikalnya. “Saya bukan cerewet tapi selesa beraksi dalam naskhah ringan atau komedi. Cerita berat atau main emosi saya elakkan, takut cepat mati,” ujarnya dengan nada berseloroh. Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, Che Ta juga mengakui bahawa isu bersara pernah dibincangkan dalam keluarganya. Anaknya yang sulung, Ammar Effendy, pernah menyarankan agar dia berehat selepas bertahun-tahun aktif di set penggambaran. Namun, Rozita menjelaskan bahawa permintaan tersebut belum dapat dipenuhi buat masa sekarang kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia lakonan masih utuh. “Memang anak saya pun minta saya pencen awal, mungkin sebab tengok saya sibuk uruskan perniagaan dan dalam masa sama sesekali ada juga masuk set penggambaran.” Walaupun terpaksa menolak tawaran drama rantaian 60 episod kerana kesibukannya, Che Ta tidak menafikan keinginannya untuk terus berlakon selagi terdaya. “Tunggulah beberapa tahun lagi. Selagi terdaya saya tetap nak berlakon, rasai suasana meriah di lokasi penggambaran dan bekerja dengan mereka yang sama-sama cintakan industri seni,” tambahnya. Sumber – Murai.my |
JunkMail replied at 10-9-2024 09:36 PM
Dah kenapa muka cheta macam bamjat pulak
JunkMail replied at 10-9-2024 09:36 PM
Dah kenapa muka cheta macam bamjat pulak
alesandra replied at 10-9-2024 10:10 PM
Ingatkan sajat dah pakai tudung
ADVERTISEMENT