CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bring it on Teresa Kok, kita jumpa di mahkamah – Dr. Muhamad Akmal tak gentar disaman

11-9-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19608| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan tidak gentar dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok mahu menyaman beliau.

Menurut Dr. Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

“Dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia nak bawa saya (ke mahkamah), mempertimbangkan nak saman saya di mahkamah.

“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok…’bring it on. I’m not afraid. No fear, no surrender’ (Bawa ke mari. Saya tidak takut. Tidak takut, tidak menyerah) Kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran video di media sosial hari ini.

Terdahulu, Teresa Kok hari ini menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO.

Ia berikutan kenyataan Dr. Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.


Kemelut antara mereka timbul selepas Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Menerusi satu hantaran video di Tik Tok, Dr. Muhammad Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Beliau turut meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP itu. 

Kredit: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 11-9-2024 08:13 AM
God forbid mamat naik jd pm in the future.
Tasteless betoi statement cm budak kelas blakang.
Quote Zazama 11-9-2024 10:36 PM
Berani buat, beranilah tanggung. Berani cakap, beranilah berdepan.
Quote Solokkk 12-9-2024 06:41 AM
Bergasak la korang
Quote TeropongThaico 12-9-2024 06:44 AM
Tengok le sampai mana...
Quote Nenasketum 12-9-2024 07:32 AM
Teringat Nazri Azri, kekonon pembela melayu, skali bisness partner DAP. Umno memang bangsat
Quote ardent91 12-9-2024 08:31 AM
sumpah aku x suka mamat tu.. die punyer vibe tu mcm vibe umno politician yg konon2 championship malay/islam sekali tgok2 belakang2 comolot ngan puak2 yg die kutowk tu..
Quote terma2nkondisi2 12-9-2024 10:43 AM
dlm blok kerajaan persekutuan ni, nampak mcm...

umno rimau garang dan ganas.. aummm.. roarrr

dap pulak mcm anak kucing comel... meoww.. meoww.. cute je

eh tapikan.. boleh jadi jugak yg diorg ni gaduh2 manja je.. kan diorg ni sama2 dlm gabungan parti politik umdap
Quote blakcswan 12-9-2024 02:59 PM
at least dia berani bergasak..
polotikus umnok lain  adooo???

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054906 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top