KUALA LUMPUR – Penduduk di pangsapuri dekat Kepong, di sini, mengakui masih terkejut dengan kejadian penemuan rangka warga emas pada Khamis lalu. Seorang penduduk, Nurina, 37, berkata, lelaki warga emas berusia 74 tahun itu dikenalinya kerana selalu ke surau untuk solat berjemaah dan mengajar kanak-kanak mengaji. “Saya selalu lalu depan rumah dia (Allahyarham) untuk hantar anak ke rumah pengasuh, tetapi tak pernah pula bau yang pelik-pelik,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediaman tersebut. Tambah beliau, warga emas tersebut merupakan seorang yang pendiam dan kurang bersembang setiap kali terjumpa. Sementara itu, Exco Keselamatan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mutiara Magna, Ab Razak Isa berkata, pihaknya mengambil tindakan memecahkan pintu rumah tersebut sebelum menemukan rangka manusia terbaring di ruang tamu. “Saya ditugaskan untuk pecah pintu itu dibantu anak arwah. Selepas sahaja masuk ke dalam rumah memang nampak bersepah dan lebih terkejut ada satu rangka badan manusia terbaring.
“Keadaan rumah ketika itu lampu masih terbuka, kipas juga sedang berpusing lagi, saya tengok sekeliling duit milik arwah masih ada yang diletakkan berhampiran tilamnya, jadi saya rasa tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian. Mengulas lanjut, beliau berkata, Allahyarham tidak pernah lewat membuat bayaran yuran penyelenggaraan sebelum kali terakhir dibuat pada September 2021. Kredit: KOSMO |
pinkpunk replied at 11-9-2024 08:43 AM
dari sept 2021 tu, JMB tak follow up ke tak bayar bil? siap kipas masih terbukak, letrik tak kena po ...
pocongkiutss replied at 11-9-2024 01:00 AM
Bukann nk ckp apa la..ada dlm family iols juga la..yg apaknya dh kawen baru org yindon..si yindon ...
AkokKocik replied at 11-9-2024 10:20 AM
Aku percaya Allah jaga jenazah bapaknya asbab ngajar ngaji, ada sorang ustaz crita arwah maknya nga ...
pocongkiutss replied at 11-9-2024 09:00 AM
Bukann nk ckp apa la..ada dlm family iols juga la..yg apaknya dh kawen baru org yindon..si yindon ...
pocongkiutss replied at 11-9-2024 08:34 AM
Copy paste yach..selalu acik porum tak berpemikiran mcm netijen sgt
Sebenarnya arwah ni kawin baru ...
nutcrack8 replied at 11-9-2024 08:44 AM
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
makciktijah replied at 11-9-2024 10:25 AM
tak pulak meletup/litar pintas kipas dgn lampu tu sampai 3-4 tahun tak off.
pinkpunk replied at 11-9-2024 10:39 AM
tapikan bapak tu duduk rumah anak beli untuk dia? apsal tak tau pulak.
yang bapak pun.. malu kot ...
ADVERTISEMENT