CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lee Zii Jia Naik Ranking No. 3 Terbaik Dunia

11-9-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19110| Komen: 13

 


KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan No. 3 selepas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dikemaskini hari ini.

Biarpun tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, namun ranking pemain berusia 26 tahun itu tetap melonjak susulan pemain Indonesia, Jonatan Christie kehilangan mata.

Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 berada dalam kelompok tiga terbaik dunia adalah pada 18 Januari tahun lalu yang menyaksikan dia menghuni ranking ketiga dunia.

Sementara itu, Christie jatuh ke kedudukan No. 7 dunia, manakala pemain China, Shi Yuqi kekal di ranking pertama, diikuti pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik, Viktor Axelsen di tempat kedua.

Pada masa sama, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong jatuh ke kedudukan ke-25 dunia selepas tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Februari lalu selepas menjalani pembedahan.


Bagaimanapun, Tze Yong yang mendapat perlindungan ranking tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama berdasarkan kedudukan ranking terakhirnya di tangga ke-18.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh dua anak tangga ke ranking kelima, diikuti Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei (12), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).

Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah kekal berada di tangga kelapan dunia, begitu juga pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menghuni ranking kesembilan dunia.

Kredit: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 11-9-2024 08:51 AM
tahniah LZJ.
Quote nisako 11-9-2024 10:41 AM
wow
Quote Mary_jane 11-9-2024 01:34 PM
Tahniah.
Quote pejol 11-9-2024 01:39 PM
jadi ler kann
Quote Claudia_Lestat 11-9-2024 01:40 PM
tahniah LZJ.

MOD.... tolong ban porumer @wipet6 ni boleh tak? apa jadah thread lama naik ni. yang 2011 pun ada.
Quote Tinot7 11-9-2024 02:03 PM
tahniah!
Quote Cassieopeia 11-9-2024 02:19 PM
wow no 3 tu.. boleh lg tu bykkn berlatih
Quote misszazaz 11-9-2024 03:06 PM
congrats
Quote TeropongThaico 11-9-2024 03:27 PM
Step by step babeh
Quote darkness 11-9-2024 03:31 PM
Haritu kenapa seorang lagi pemaîn badminton perseorangan tu tak masuk olimpik ye? Sapa nama dia tu lupa...yg rambut mcm cendawan tu.
Quote Kurex 12-9-2024 03:54 PM
harap video dia akan bergentayangan walaupun iols tau dia kulop
Quote sashasam 12-9-2024 04:23 PM
darkness replied at 11-9-2024 03:31 PM
Haritu kenapa seorang lagi pemaîn badminton perseorangan tu tak masuk olimpik ye? Sapa nama dia tu  ...

injured, kena rehat setahun. dia buat trainning mcm ape yg lee chong wei lalui, something wrong happens bila mula nak main tournament then terus kena fisio selama setahun lebih.

Quote darkness 13-9-2024 11:00 AM
sashasam replied at 12-9-2024 04:23 PM
injured, kena rehat setahun. dia buat trainning mcm ape yg lee chong wei lalui, something wrong ha ...

Ohhh patutla..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047183 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top