CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johan Enggan Ulas Ungkapan KJ Sindir PM - “Saya Hanya Bekerja. Seharusnya Isu Itu Pihak Pengurusan Yang Jawab"

11-9-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44321| Komen: 89|Original author: akido_kido

 

 
KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Johan enggan memberi komen mengenai kecaman diterima susulan video tular segmen Bekpes Hot yang diperkatakan mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohd. Aziz berkata, isu berkenaan seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan stesen berkenaan dan beliau hanya menjalankan tugas sebagai penyampai.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab dan hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya dalam rakaman video selepas majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah-Long yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam.

Kelmarin tular video menyaksikan rakan penyampai iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) didakwa sengaja mempersendakan manifesto yang pernah dibuat oleh Anwar.

Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat, KJ mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.


“Sedara-sedara, hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai. Saya ulang” katanya.

Gurauan spontan KJ itu disambut dengan gelak tawa Johan serta seorang lagi rakan penyampai, Fara Fauzana.

Namun ada netizen yang kurang senang dengan sketsa mereka ketika itu yang mengendalikan segmen berkenaan.

Menerima komen berkenaan dengan hati terbuka, Johan, 40, juga menganggap ia sebagai satu peringatan agar tidak terlalu selesa dalam menjalankan tugas.

“Saya dah lama dalam industri. Sudah pelbagai yang saya tempuhi. Perkara begini saya anggap Allah jentik supaya beringat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan,” ujarnya. 


Kredit: – MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 10-9-2024 05:45 PM
Depa nganjing Najib ke
Quote alesandra 10-9-2024 05:52 PM
Ini pasal abp sbb kj tercalon?aku rasa xde benda pun.kelakar pun idak..sensitif , fitnah aib pun idak.tapi kenapa ko delete?biarkan jelaa...acah2 tak biasa pulak media prima nehhskrg org tu jadi pm baru ko tau langit tinggi rendah khenzz... kahkahkah padan mukaa
Quote Orix 10-9-2024 06:05 PM
lawak giler hurkeh! berkali2 iols duk ulang....  HAHAHAHAHAHAHA
Quote dua_chzy 10-9-2024 06:09 PM
You want to experience Anwar's wrath?
Quote akido_kido 10-9-2024 06:10 PM
[twitter]https://twitter.com/reengaston/status/1833291359199105270?s=46[/twitter]
Quote akido_kido 10-9-2024 06:11 PM
lilacomot replied at 10-9-2024 05:45 PM
Depa nganjing Najib ke

Saya ulang bukan ke ayat anwar?
Quote Jikookie 10-9-2024 06:17 PM
Dia perli siapa ni duk sy ulang sy ulang
Quote fattymah 10-9-2024 06:20 PM
Edited by fattymah at 10-9-2024 06:23 PM

Ok je.. iols pun tumpang gelak
Wanzz tu dah kenapa.. tak sebut nama pun
Quote Orix 10-9-2024 06:21 PM
1st of all kenapa rasa benda tu menganjing ???? why tho whyy ???
Quote SalenaGomez 10-9-2024 06:46 PM
akido_kido replied at 10-9-2024 06:10 PM

Alaaa rilek dah le. Sapa mamat poyo tu? Actually semua politician 1 dunia ni membahan sesama deme. Rakyat marhein pon membahan juga. Zaman che det pon org membahan juga cuma zaman tu xde tiktok bagai.

Tang x ambil gaji tu xde sesapa paksa. Susah deme x sama susahh kita. Maybe ada income lain so xperlu kot nak ungkit x ambik gaji. Utk choice dia sendiri
Quote haruslah 10-9-2024 06:57 PM
Edited by haruslah at 10-9-2024 07:06 PM
akido_kido replied at 10-9-2024 06:10 PM


Sape mamat ni?
Ko pun sama menyindir geng hotfm tu
Kah3

Ape yg disindir pmx nye?
Tak de ape pon
Sentap lebih
Dulu2 kan, ape je pemvangkang x buat?
Lukis gamba nganjing....video mcm2 mengata....
Mungkin lupa la kan....

kwn i lg best, dia dgr bideo tu, dia kat KJ sindir
najib
So nampak la kan, org x tau pun "sedaghe2 saya ulang" tu sindir pmx
Quote monsterwife 10-9-2024 07:00 PM
Jikookie replied at 10-9-2024 06:17 PM
Dia perli siapa ni duk sy ulang sy ulang

Ex wife hr kot
Dia pernah mrh org yg komen aku ulang berkali2 dgn speaker lagi hahaha
Quote haruslah 10-9-2024 07:01 PM
SalenaGomez replied at 10-9-2024 06:46 PM
Alaaa rilek dah le. Sapa mamat poyo tu? Actually semua politician 1 dunia ni membahan sesama deme. ...

Terpaling x amik gaji...ntah ape2

Bila i baca komen2 kat atas, ramai je xtau kj sindir sape
So, nak koyak sgt dah kenapa kan...
Quote Orix 10-9-2024 07:09 PM
Geli la pasal x amek gaji tu... buwekkkk... lembam sgat ko dekkkk
Quote tahanie 10-9-2024 07:33 PM
Sape nyah ni? Tak lalu lah. Jangan bagi dia view
Quote Jikookie 10-9-2024 07:35 PM
monsterwife replied at 10-9-2024 07:00 PM
Ex wife hr kot
Dia pernah mrh org yg komen aku ulang berkali2 dgn speaker lagi hahaha

Hahahaha kalau yg tu mmg selayaknya diperli. Dah la kuat menipu. Eee nyampah tgk minah tu
Quote Suchi 10-9-2024 08:33 PM
Mcm 2 in 1
Sedagher2 tu ayat najib
Saya ulam tu ayat bang non
Quote Mary_jane 10-9-2024 08:40 PM
Mesti paling hot pencalonan dj paling popular.


Mampoo ke tyzo menang untuk tahun kedua?

Atau bakal kena caras dengan kj atau dj lin kembali mendunia?
Quote ReginaGeorge 10-9-2024 08:42 PM
Tak payah delete kot, takkan tu pon nuar nak amik hati. Saya ulang… tak paya delete kot

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.042405 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top