Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan enggan mengeruhkan keadaan serta menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk mengulas kontroversi sindiran oleh rakan penyampai, Khairy Jamaluddin ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu bersiaran pagi semalam. Menurut Johan, tugasnya di stesen radio berkenaan adalah untuk menghiburkan pendengar dan kawan-kawan yang ada. “Saya serahkan kepada pihak pengurusan, biar mereka jawab,” katanya. Bagaimanapun dari sudut karier, pemilik nama penuh Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu menyifatkan insiden yang berlaku seperti satu teguran dari Yang Maha Kuasa. “Ini baru cuitan Allah beri agar saya tidak berasa terlalu selesa dengan pekerjaan saya lakukan,” katanya lagi. Johan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem terbaru lakonanya, Baik Punya Ah-Long di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara hari ini. Baik Punya Ah-Long berkisahkan dua beradik Melayu yang dibesarkan oleh bapa angkat berketurunan Cina. Mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan. Baik Punya Ah-Long yang diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini. Selain Johan, 40, turut menjayakan filem tersebut ialah Zizan Razak, Mia Sara, Liyana Jasmay dan Chew Kin Wah. Terdahulu, Khairy menjadikan Anwar sebagai bahan sindiran ketika mengulas berhubung dirinya yang dicalonkan dalam sebuah pertandingan anugerah popular sebuah akhbar. Bekas menteri kesihatan itu menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Anwar sekiranya dia memenangi undian tersebut. “Saudara-saudara, kalau menang hari ni, esok…kita makan ramai-ramai” kata Khairy disambut deraian ketawa penyampai Fara Fauzana (Fafau) dan Johan Raja Lawak. “Saya ulang!” sambungnya dengan sekali lagi disusuli ketawa Fafau dan Johan. Ia mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet dengan segelintir mengancam untuk memboikot stesen radio terbabit. Malaysiakini sudah menghubungi pihak Hot FM untuk maklum balas. Ditanya sekiranya insiden itu boleh menjatuhkan kariernya, Johan berkata, dia sudah lali berdepan perkara sedemikian. “Saya dan isteri (Ozlynn Waty) sudah biasa hadap perkara begini sejak mula masuk industri, kami dah puas menangis,” katanya.
Sumber : Malaysiakini
|
September14 replied at 11-9-2024 09:31 AM
Mcmtu je walanon koyak…. Bkn diorg ke yg start menganjing gomen masa jd pembngkang lg teruk kan…
cmf_Strawberry replied at 11-9-2024 10:54 AM
Takda koyak penyokong PH ni kalau perkara valid nak kritik, dia kritik dulu. Macam tak biasa zaman P ...
alesandra replied at 11-9-2024 11:02 AM
beriya sgt gelak dia ni dgn fafau ..padahal tak kelakar pun.yg daniel impersonate anwar lagi kelak ...
kakasotong2 replied at 11-9-2024 01:28 PM
Fafau tu katanya kawan sekolah Izzah. Fafau tu perangai macam anak Zahid juga sejenis xmalu muka t ...
ADVERTISEMENT