CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Dulu Mummy Terima Hantaran RM93,000, Aaisyah Nanti Kena RM900,000” - Rozita Che Wan

12-9-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31600| Komen: 187


 


Pelakon Rozita Che Wan, 51, memberi pesanan kepada anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana,10, supaya memperlajari asas ilmu rumah tangga sebagai seorang wanita.

"Nak wang hantaran tinggi, kena pandai buat kerja rumah.”

Memetik Hibglam, seorang wanita perlu mengetahui asas ilmu rumah tangga selain harus berdikari kata Che Ta.

“Nak duit hantaran tinggi perlu cerdik dan pandai buat kerja rumah, tahu semua, macam mummy.

Cari duit pun pandai macam mak awak ini. Jangan tahu nak melawa pakai gincu merah sahaja.


“Perlu pandai mengaji dan solat jangan tinggal,” katanya dalam sebuah video.

Tambah Che Ta, duit hantaran perkahwinan Aaisyah berkemungkinan mencecah RM900,000 dan melebihi jumlah yang pernah diterima sebelum ini daripada suami tercinta, Zain Saidin.



Kalau dulu mummy terima wang hantaran RM93,000, Aaisyah nanti kena RM900,000.

“Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah hebat bukan?” katanya lagi.

Che Ta berkata demikian selepas Aaisyah memberitahu tindakannya mencuci pinggan adalah antara cara untuk menerima jumlah wang hantaran tinggi satu hari nanti.

“Basuh pingganlah mummy.

Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena basuh pinggan banyak-banyak,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut selain menyifatkan Aaisyah rajin membuat kerja rumah meski baru berusia 10 tahun.

Bagus Che Ta didik anak perempuan, memang perlu tahu buat kerja rumah.


“Suka pesanan Che Ta mengenai perlu pandai mengaji dan solat. Aaisyah pun bagus sebab rajin tolong mummy,” komen netizen.

Selain Aaisyah, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Sumber - HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 12-9-2024 08:30 AM
apa la yg bangga sgt dgn hantaran tinggi2...
Quote cattiecute 12-9-2024 08:48 AM
mamapea replied at 12-9-2024 08:30 AM
apa la yg bangga sgt dgn hantaran tinggi2...

itu lah
iols pun tak faham hantaran tinggi2 melangit ni
just suruh ecah cari datuk beli sudah la
boleh flex lifestyle macam tintan sekeping serendah
ke maknye nak hantaran tinggi2 sebab malas keluar duit sendiri nak buat majelis grand2 7 hari 7 malam.

Quote vanillaninja 12-9-2024 08:51 AM
Nak ajar budak tu buat kerja rumah, ajar la. Tapi tak perlu la kot nak instil dekat budak tu yang kita buat kerja rumah sebab nak hantaran tinggi.

Seriously.. how low can you go.
Quote edayildiz 12-9-2024 08:52 AM
mhl jgk wpn janda hihi
kalau nk hantaran tinggindr skrg cheta kena hntr ecah ni masuk  school ngn ank okngkaya..ini apo asyik nmok mekapnje..
tp xtau la in disebalik medsoc sinecah kuat baca buku...mcm tak je
kalau dia ngbdaddy dia baru nampak nornlmal mcm bdk lain
Quote scorpionkiki 12-9-2024 09:00 AM
Alamat jd andartu lah anak dia ni.
Quote adeqbun 12-9-2024 09:09 AM
jgn mcm2 sgt che ta..kdg2 Allah ni bg ujian disebaliknya drpd ape yg duk ko canang2kan...nauzubillah..kesian la kalau btoi sbb anak hg tu duk digroom jd princess,kot dpt laki bforti jenuh la nak survive
Quote Sendawg 12-9-2024 09:19 AM
scorpionkiki replied at 12-9-2024 09:00 AM
Alamat jd andartu lah anak dia ni.

Worse..... kahwin dgn dato' yg tua.
Quote MatDeghem 12-9-2024 09:28 AM
edayildiz replied at 12-9-2024 08:52 AM
mhl jgk wpn janda hihi
kalau nk hantaran tinggindr skrg cheta kena hntr ecah ni masuk  school ngn an ...

janda kaya. mahal.
cuba janda jual goreng pishang...atau janda cleaner. mesti hantaran pree


dapat hantaran mahal, lepas kawin kena keje siang malam. kena make up sekilo tiap hari. Zain tinggal duduk goyang kaki



Quote orkid_amani 12-9-2024 09:51 AM
Pandai ecah ni letak pinggan elok2 ank acik basuh pinggan mcm berperang..nasib baik laa pinggang ikea jaa..tuu pun dah berapa bijik pecah kes licin
Quote prince_marhaen 12-9-2024 10:00 AM
mak hang nak habaq kata dia nak dapat 'anak patung' macam hang pun makan modai besaq nak dapatkan pak hang si zain anak ikan omputih marhaen tu...so, hang kena usaha untuk balik modai la ecah oii... hahahahahaha
Quote afie_m 12-9-2024 10:06 AM
hang tak rimas ke che ta make up tebal2 ni...
Quote MistrezHermanaz 12-9-2024 10:14 AM
kuatnya filter nenek sorg ni
Quote acepark 12-9-2024 10:20 AM
afie_m replied at 12-9-2024 10:06 AM
hang tak rimas ke che ta make up tebal2 ni...

okay la..daripada gambar b4 ni ramai kata bamjat
Quote prettyuglybabe 12-9-2024 10:25 AM
berangan tu tak mahal..
Quote scorpionkiki 12-9-2024 10:43 AM
orkid_amani replied at 12-9-2024 09:51 AM
Pandai ecah ni letak pinggan elok2 ank acik basuh pinggan mcm berperang..nasib baik laa pinggang ike ...

Royal Albert tu
Quote syamzana 12-9-2024 10:46 AM
bljr la dari kisah abby tu manjang dok tayang anak pompuan cun jelita baik hafal quran sek agama ujung2 jangankan hantaran, mas kawen pun tatau hala menikoh pun x inform makayah.
benda2 camni utk pengetahuan fmly sudah la takyah canang merata
Quote TomyamPuteh 12-9-2024 10:47 AM
Che Ta berlakon drama rombongan aciks ke Dataran Merdeka best la pulak.
Quote princessmiang 12-9-2024 10:49 AM
Hujung2 anak jadi level2 adik bungkos yang bimbo..tapi bimbo lawo…
Quote m2506 12-9-2024 10:58 AM
rejeki anak dia la kalo ada bakal suami yg bole bg hantaran gtuh

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top