CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aweera harap kematian sepupu Allahyarham Elly dapat pembelaan - "Orang yang kau tetak tu darah daging aku"

13-9-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31613| Komen: 55

 


Penyanyi Aweera berharap kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Allahyarham Elly Idzlianizar Elias, 40, awal pagi semalam disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam mendapat pembelaan sewajarnya.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, 33, turut berharap individu yang bertanggungjawab terhadap pelakuan kejam itu dibawa ke muka pengadilan.


"Orang yang kau tetak tu darah daging aku. Semoga ada keadilan untuk Abang Ijar (Elly).

"Semoga pelaku mendapat hukuman setimpal! Takbir. 'Allahuakbar'," tulis Aweera sambil disertai dengan emoji tangisan.

Dalam perkongsian berlainan, vokalis kumpulan Mojo itu turut mengajak peminat dan pengikut dalam IG mendoakan Allahyarham Elly.

"Abang Ijar (Elly). 'Allahuakbar', Ya Allah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk abang sepupu saya," tulisnya.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan selebriti mengucapkan takziah kepada penyanyi Romancinta itu atas ujian yang dilalui.


Terdahulu, polis mengesahkan kematian Allahyarham Elly disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 hingga 10 malam kelmarin apabila mangsa dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar.


Sumber  - Berita Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azalia72 13-9-2024 09:23 AM
Innalillahiwainnailaihirojiuun..... moga ada keadilan untuk arwah.  

Ngeri baca pasal kejadian ni. Kena tetak pakai pedang, arwah meninggal akibat pendarahan teruk. 1 lawan 3
Quote menjad 13-9-2024 09:26 AM
Apa kes hingga kena tetak? hal Duit? Hutang? Pompuan?
Quote Cpkay 13-9-2024 09:33 AM
kes gaduh sampai bunuh ni .. bukan samun rasanya
Quote dewi_rina 13-9-2024 09:57 AM
Teruk ye gaduh sampai pakai samurai

Biasa kaum lain yg gaduh mcm ni, sekali org Melayu..
Quote jula7 13-9-2024 10:04 AM
siyesla pedang?
Quote Samerosie 13-9-2024 10:07 AM
iols baca news, arwah yg gi serang rumah suspect dulu bawa parang.  tapi tak tau la hal apa.
Quote DeLuna85 13-9-2024 10:55 AM
Dah ajal mcmtu. Kenapa nak gaduh pada awalnya?
Quote IzzahF 13-9-2024 10:57 AM
gaduh siap bawak pedang? gaduh pasal apa ni?
Quote kakacantikkan 13-9-2024 11:04 AM
salah satu sb org x puas hati dgn org lain hntr santau je
Quote AbukRokok 13-9-2024 11:15 AM
xlain xbukan sebab duit ni
Quote azalia72 13-9-2024 11:21 AM
IzzahF replied at 13-9-2024 10:57 AM
gaduh siap bawak pedang? gaduh pasal apa ni?

Setakat ni x dinyatakan kenapa arwah p cari suspek utama yg umo 51 thn tu kat rumah dia.
Insiden tetak ni jadi bila mereka bertembung dan bergaduh kat simpang dalam taman tu
Quote sukacactus 13-9-2024 11:25 AM
Keyword nya kalau kat news, selalu berurusan antara pelaku & mangsa
Org dikenali bkn random, circle yg sama
So paham2 aja la
Quote daniel_lim 13-9-2024 11:45 AM
money extortions nyawa melayang jauh
menyimpang akar umbi dari hal arwah sosi.
luar kl selangor putar belit fakta,staff bsi bukit
chagar sama bersubahat.
Quote dua_chzy 13-9-2024 11:48 AM
Avoid bad company

Tu je Awira. Tu je kunci.
Quote dealova04 13-9-2024 11:49 AM
ada baca kt mn ntah kata dia ganggu org punyer ehemmm.. tu yg sampai kena tetak.. wallahualam
Quote jiwakacau06 13-9-2024 11:51 AM
dealova04 replied at 13-9-2024 11:49 AM
ada baca kt mn ntah kata dia ganggu org punyer ehemmm.. tu yg sampai kena tetak.. wallahualam

tokan ke?klau biasa2 xkn ada samurai...
Quote sleepandream 13-9-2024 12:16 PM
eh tapi suspek2 tu semua ada rekod jenayah... bapak ada anak pun ada...
arwah ni muka muda tak mcm 40 pun
Quote rezaremy 13-9-2024 12:32 PM
nak sangat tahu knp sampai bunuh membunuh nie kan...
Quote Orix 13-9-2024 12:42 PM
arwah bujang lg ke ?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083338 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top