CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak sensitif isu cerai Fattah-Fazura, Wanna Ali kunci mulut

17-9-2024 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14956| Komen: 46

 


Pelakon Wanna Ali enggan lagi namanya terheret kontroversi keberantakan rumah tangga pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura.

Wanna atau nama lengkapnya Nur Syazwana Mohd Ali, 26, juga tidak mahu mengulas lanjut sebarang perkara membabitkan Fattah dan Fazura.

“Harap maaf. Saya memang tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan berkaitan isu ini lagi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu nama pelakon filem Harimau Malaya: The Untold Journey itu menjadi perbualan hangat apabila membuat perkongsian foto bersama Fattah dalam Instagram Jumaat lalu.

Tindakannya tersebut menarik perhatian khalayak apabila dibuat pada hari sama Fazura memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestasi, Shah Alam.

Disebabkan perkongsian itu juga Wanna dikritik seolah-oleh tidak sensitif dengan keadaan semasa Fattah dan Fazura.


Lebih teruk lagi namanya tiba-tiba dipetik ‘penyondol’ dalam kes Fattah yang dikatakan ada hubungan dengan wanita lain.

Beberapa gambar bersama Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, di media sosial bagi mempromosikan drama Lelaki Melayu Terakhir arahan Amor Rizan terbitan Karya Citra di TV3.

Selain Wanna dan Fattah, drama tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon lain antaranya Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Nabil Aqil, Fazlina Ahmad Daud, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zarul Imran. 

Sumber : KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 17-9-2024 10:37 AM
Tindakannya tersebut menarik perhatian khalayak apabila dibuat pada hari sama Fazura memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestasi, Shah Alam.
Disebabkan perkongsian itu juga Wanna dikritik seolah-oleh tidak sensitif dengan keadaan semasa Fattah dan Fazura.


kekdahnya nak menangguk di air keroh
padan muka kena bash
memang tak sensitif betul, macamkan xde gambar lain nak promot drama
ke erma fatima yg suruh? beria benor bekapnya
Quote chinta89 17-9-2024 11:23 AM
tak buat kontroversi nt org x kenal kan. lapar perhatian. menangguk di air keruh.
Quote hujanrindu28 17-9-2024 12:58 PM
bikin havoc dulu, fikir kendian
Quote amyfaha 17-9-2024 03:39 PM
Mak dia ajar la ni. Mak dia kan attention seekerrrrssss dari dulu ade je benda nak menyampok
Quote jalfa 17-9-2024 03:56 PM
Kena jaga hati sweetheart porom cari tu wana..jangan cari pasal
Quote L.U.S.M 17-9-2024 04:55 PM
Eh Wana ni ke yang dlm ig bamtah tu..kawen jadi isteri?

Asal nmpk lain ehh

Cm agk kertu
Quote DeLuna85 17-9-2024 05:09 PM
Dah dia buat promo lakonan. Tak kan nak berkabung juga
Quote edayildiz 17-9-2024 05:11 PM
dia nk promo cite dia berlakon pun dh xblh ke..tp lawa la jgk si wana ni eh..dlu nmpk xde la helok sgt
tp i tgk sekali imbas je kt tt..xtau la part tu ie nmpk helok
Quote ira_229 17-9-2024 08:20 PM
Suka tengok dia cantik.
Quote ira_229 17-9-2024 08:21 PM
DeLuna85 replied at 17-9-2024 05:09 PM
Dah dia buat promo lakonan. Tak kan nak berkabung juga

Tulah..fattah pun ada post. Tk kena kecam pon.
Quote nordin84 17-9-2024 09:43 PM
la da kenapa nak kecam wana ni..sweetheart betul missfake dgn patah xblh sentuh lgsg..org tu promote cite da nak last episod da pun..
mmg xblh sentuh ea makhluk 2ekor ni?
kenapa xsalahkan misfake je failkan cerai tibe2 smpi isu jd hangat..org tu promote cite dr bln 8 hr tu..

#done bekap wana
Quote nordin84 17-9-2024 09:49 PM
ira_229 replied at 17-9-2024 08:21 PM
Tulah..fattah pun ada post. Tk kena kecam pon.

fans ni memilih..kenapa la nk dikecam org xbersalah..cube kecam si penfail cerai tu
Quote Lampuled 17-9-2024 10:01 PM
Overnye peminat pun. Semua org nk dikecam. Diaorg ingat semua org taste ke dgn fatah tu?
Quote jiwakacau06 17-9-2024 10:09 PM
...lantak dia la...bkn wana ali ada jd penyondol pn...keja tetap keja...
semua org wajib terkesan ke dkt fattzura...
Quote apedehal 17-9-2024 10:38 PM
amyfaha replied at 17-9-2024 03:39 PM
Mak dia ajar la ni. Mak dia kan attention seekerrrrssss dari dulu ade je benda nak menyampok

Mak dia siapa sis?
Quote apedehal 17-9-2024 10:39 PM
jalfa replied at 17-9-2024 03:56 PM
Kena jaga hati sweetheart porom cari tu wana..jangan cari pasal

Netizen je lebih2 padahal fazura rajin je like post2 kat ig si wanawani ni
Quote ezacbee 17-9-2024 10:49 PM
Xrasa nak tengok cite ni. Walaupun pelakon cantik n hensem.
Quote sharlenetexas 17-9-2024 11:05 PM
Baik diam ajelah sis.

Quote BoongaKertas 18-9-2024 08:16 AM
bukan she pernah dibawa berlakon dlm drama company kakafaz ke? ke iols tersilap ni? aiyo. rileks lah netizen pun. org tu buat kerja jer. amende lah!

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top