CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong lawat China, sempena 50 tahun hubungan diplomatik

17-9-2024 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13031| Komen: 10

 


PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan negara ke China selama empat hari bermula Khamis ini bagi mengeratkan persahabatan antara Malaysia dengan negara Tembok Besar itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim, lawatan itu juga akan mencatatkan sejarah penting dalam perhubungan diplomatik Malaysia-China yang memasuki 50 tahun.

“Hubungan dengan China membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia sepanjang lima dekad yang lepas. Saya berharap lawatan ini juga menjadi asas kepada pengukuhan persahabatan ke dekad seterusnya.

“Saya yakin terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai bersama dengan kepakaran yang ada antaranya dalam sektor ekonomi digital, pembangunan hijau serta dan perindustrian,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Dalam lawatan itu juga, Seri Paduka Baginda dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Li Qiang, diikuti pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.


Sultan Ibrahim juga akan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknikal Kapal Terbang Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Baginda juga akan bertemu dengan diaspora Malaysia di China, dan turut memperkenankan penamaan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Baginda.


Sumber : KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-9-2024 10:20 AM
Daulat Tuanku  
Quote hujanrindu28 17-9-2024 12:58 PM
Daulat tuanku
Quote PULANGKAN 17-9-2024 04:15 PM
oh wow. this is big. and quite.. critical too..
harap dapat tau details perbincangan dengan papers yang nak di sign nanti

dup dap dup dap
Quote stingerbumpy 17-9-2024 09:22 PM
Kalau datang sehari awal boleh nyaksikhen JDT vs SHANGHAI PORT...
Quote TOPwind 17-9-2024 09:44 PM
Negara China dulu hapuskan Raja mereka mcm Indonesia.

Quote TOPwind 17-9-2024 09:46 PM
PULANGKAN replied at 17-9-2024 04:15 PM
oh wow. this is big. and quite.. critical too..
harap dapat tau details perbincangan dengan papers y ...

agong ada kuasa ke

sign itu, ini utk negara?
Quote PULANGKAN 18-9-2024 07:36 AM
TOPwind replied at 17-9-2024 09:46 PM
agong ada kuasa ke

sign itu, ini utk negara?

we'll never know?

sebab tu Iols nak tau    plus.. the off camera talk about borders and etc.
Quote nisako 18-9-2024 09:17 AM
wowww
Quote Mahathirina 18-9-2024 10:59 PM
Kasi tunjuk sikit negara ni ada raja.
Quote Gee97 20-9-2024 01:24 AM
Daulat Tuanku

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046468 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top