BUAT kebanyakan manusia, hidup berpasang-pasangan menjadi impian terbesar yang dikejar dalam kehidupan. Kendatipun, bukan semua daripada kita dipertemukan rezeki untuk disatukan dengan belahan jiwa masing-masing di dunia ini. Jika tidak disatukan di atas bumi yang fana, mungkin suatu hari nanti di syurgawi. Itu satu kepastian buat mereka yang beriman. Buat Sufian Suhaimi, 32, dia juga seperti orang lain yang memasang impian untuk memulakan perjalanan hidup berkeluarga sendiri namun berkali-berkali mencuba, dia hanya menemui kegagalan. Semua itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat jiwanya untuk bergelar seorang suami. Katanya, meskipun sudah dua kali percubaan untuk mendirikan rumah tangga terkandas di tengah jalan, tiada siapa dapat menduga apa yang akan berlaku hari ini, esok dan hari-hari mendatang. Inilah kehidupan agaknya. Kita semua ada chapter (bahagian) masing-masing dan Allah dah letakkan chapter hidup saya sebegini.
“Kita reda sahaja, saya tak nampak benda ini perkara menjatuhkan siapa-siapa. Secara peribadi, apa yang terjadi (kegagalan bercinta) adalah normal. Berlaku kepada semua orang dan kebetulan saya orang yang dikenali, mudah untuk orang bercakap tentang apa dialami saya,” katanya kepada HibGlam, baru-baru ini. Ditemui usai sidang media program realiti, The Chosen One, pelantun lagu Terakhir itu menyangkal khabar angin mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Rania Al-Sadat dikatakan kembali bertaut semula. “Apa yang kalian semua lihat adalah video lama. Apa yang pernah saya kongsikan kali terakhir, jawapannya tetap sama. Cumanya, saya dan dia (Rania) okey sahaja tiada sebarang drama. Kami (masih menjalin hubungan) baik. “Masih kawan dan kalau ada urusan yang perlu kami bincangkan, we are there for each other (kami ada untuk diri masing-masing),” jelas pemenang trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) itu. Sekitar 1 April, Sufian mendedahkan hubungan istimewa antara mereka sudah berakhir. Situasi tersebut berlaku enam bulan selepas dia menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu. Sumber : Hibglam |
sleepandream replied at 17-9-2024 07:24 PM
lone ranger pun takpe... chuols ada ambik anak angkat tak?
ADVERTISEMENT