CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong tiba di Beijing untuk lawatan empat hari

20-9-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13468| Komen: 3

 


PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berangkat tiba di Beijing, China untuk lawatan negara selama empat hari.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada jam 4 petang (waktu tempatan).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Sultan Ibrahim turut menerima penghormatan daripada kawalan kehormat anggota Angkatan Tentera China.

Lawatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.


Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ke lawatan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ini adalah di atas undangan Presiden China Xi Jinping bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang terjalin pada 31 Mei 1974.

Terdahulu, Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir di Pangkalan Udara TUDM Subang bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 20-9-2024 03:39 PM
wow
Quote lostnfaun 21-9-2024 09:08 AM
Baca dekat portal mana ntah, katanya billionaire YTL pun antara delegasi yg ikut rombongan sekali.

Rupanya YTL Power-SIPP pun dah tak over Ranhill SAJ.

Bijak Berjaya & YTL walaupun bertukar kerajaan 3,4 kali.
Quote becir 21-9-2024 09:26 AM
urm yg sambut timb menteri luar je? kata president invite datang? math aint mathing

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.029580 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top