CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ulas Isu Fazura & Fattah, Tya Arifin & Asyraf Khalid Diminta Jaga Rumah Tangga Sendiri - "Perlu Ke Podcast Rumah Tangga Orang?"

20-9-2024 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23209| Komen: 80

 


Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dan suami iaitu Asyraf Khalid diminta menjaga rumah tangga sendiri selepas mengulas isu pergolakan Fattah Amin serta isterinya Nur Fazura dalam satu podcast.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, pasangan suami isteri itu berkata mereka mengenali Fattah dan Fazura serta berpendapat masalah rumah tangga tidak sepatutnya dicanang kepada umum bimbang akan mencetuskan spekulasi.


“Bagi saya kalau benda itu betul pun, ia tak patut keluar. Patutnya bagilah alasan tak sekufu ke atau pun tak sehaluan ke?

“Dia membuatkan orang fikir pula. Adakah sebenarnya cerita ini dikeluarkan Fazura…..ia dah jadi banyak spekulasi,” kata Asyraf.

Sementara itu, Asyraf bagaimanapun berkata punca sebenar yang berlaku hanyalah pasangan itu sendiri dan bukan orang luar.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan topik yang diulaskan oleh pasangan berkenaan kerana ada banyak lagi topik lain untuk disembangkan yang lebih bermanfaat.

 
 

Sumber – OhMyMedia, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 20-9-2024 03:34 PM
Gila
Quote iluma 20-9-2024 03:41 PM
aku komen kat ig diorg..sibuk duk ulas rumahtangga org.risau kain sendiri terselak
ramai like n komen setuju
pastu komen tu kena delete
haaaaa koyakkkk dua ekor ni

Quote BoongaKertas 20-9-2024 03:41 PM
lapar sohor bak kata forumer dulu. depa bagi statement tu mcm diri sendiri dah kawen 70 tahun. Allahu. diam jer bro/sis. semak tau.
Quote kembangbunga 20-9-2024 03:46 PM
si gemok ni lupa ke? Heols pun datang dari family yg cerai-berai. and record bapak heols bukannya clean pun. huhhhh
Quote ezacbee 20-9-2024 03:49 PM
Memang semak podcast ni.. semua bukak aib sendiri.
Quote dua_chzy 20-9-2024 03:56 PM
Antara pasangan laki bini NON RETIS (SATU je pon kan movie Tiya ni di tanahair), paling dibenci warga forom.
Quote imanda 20-9-2024 04:02 PM
da terikut la kan kat indon mmg byk podcast mcm2. senang je sembang2 mcm kat kdai mamak tapi ni depan camera and  pkai mic, headset.
Quote lolipopmanish 20-9-2024 04:03 PM
Attention seeker
Quote Minami2013 20-9-2024 04:08 PM
Asrap tu dah la mata terkedip kedip.. kaki menjahit.. annoying betul tgk jadi host.

Omaigad.. jgn la i terjangkit sbb mengata
Quote sleepandream 20-9-2024 04:25 PM
semua org ada ujian masing2... depa acah2 editorial majalah hiburan ke nak buat ulasan gitu
Quote azimodin 20-9-2024 04:27 PM
First sekali ko pon baru setahun jagung kawen. Secondly sedar2 la diri tu sekadar menumpang mek iti. Without mek iti dua2 nothing
Quote cik_ingeniare 20-9-2024 04:44 PM
Annoying & sibuk nak masuk campur urusan rumahtangga orang lain.. boooooo
Quote lotusteratai 20-9-2024 04:49 PM
kan dah dpt ceramah free dr netizen
sibuk naw dgn hal peribadi org
Quote jihyomelly 20-9-2024 04:50 PM
org yg kawin berpuluh tahun pun tak berani nak komen sbb dugaan perkahwinan tak kira berapa tahun pun..samada nak teruskan atau kecundang…jgn sebarang cakap jgn terpaling bg nasihat jgn kepo sgt.. sbb kita tak tahu in future apa dugaan kita..
Quote amina666 20-9-2024 04:59 PM
Hari tu adiknya marah netizen sibuk hal RT org lain, tup2 si abg siap masuk podcast sendiri
Quote gideoncross 20-9-2024 04:59 PM
jihyomelly replied at 20-9-2024 04:50 PM
org yg kawin berpuluh tahun pun tak berani nak komen sbb dugaan perkahwinan tak kira berapa tahun pu ...

Sbb tu iol dh prnh ckp, retis Msia ni lain sikit, talent xde tpi suka sibuk psl rumah tngga org lain. Org lain yg cerai, yg x cerai pula trlebih hype
Quote katakauu 20-9-2024 05:00 PM
itu je la modal dia
apa lg dia boleh buat
next
Quote Cpkay 20-9-2024 05:01 PM
Minami2013 replied at 20-9-2024 04:08 PM
Asrap tu dah la mata terkedip kedip.. kaki menjahit.. annoying betul tgk jadi host.

Omaigad.. jgn  ...

kaki menjahit tu camne sis ?
Quote gideoncross 20-9-2024 05:04 PM
azimodin replied at 20-9-2024 04:27 PM
First sekali ko pon baru setahun jagung kawen. Secondly sedar2 la diri tu sekadar menumpang mek iti. ...

Bila dh xde talent, trpksa buat bnda mcm ni spya org sebut2 nma dorg

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top