CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GISBH minta hentikan spekulasi ekoran pemimpin tertinggi ditahan reman

20-9-2024 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19066| Komen: 40

 


PETALING JAYA – Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutifnya serta 18 individu yang lain dalam serbuan di ibu negara, semalam.

Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, Shah Alam bermula semalam.

GISBH dalam kenyataan berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam isu yang hangat diperkatan ketika ini berkait rumah amal kendalian mereka.

“Sebagai menghormati tugas yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan demi keadilan undang-undang, diminta supaya semua pihak menunggu hasil siasatan untuk beberapa hari lagi.

“Justeru kami mohon kerjasama semua pihak dan doa supaya segala kekusutan dan kesulitan ini terlerai dengan segera serta keadilan semua pihak dapat ditegakkan,” kata GISBH.


Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, serbuan kira-kira pukul 5.40 pagi semalam dilakukan Bahagian D8 (Operasi Khas) Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Hasil serbuan serentak di empat kediaman berasingan telah berjaya menahan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya serta 17 individu lain masing-masing berusia 25 hingga 65 tahun di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Kumpur.

Menurut Razarudin, seramai 11 orang daripada keseluruhan tangkapan itu adalah individu yang berada dalam senarai sasaran pihak polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tukul 20-9-2024 04:07 PM
Apasal diaorang ni semua gundu2
Quote nutcrack8 20-9-2024 04:28 PM
tukul replied at 20-9-2024 04:07 PM
Apasal diaorang ni semua gundu2

Mane x gundu...
Berurut, binik 4, hati pedih..
Quote Kiahlemau 20-9-2024 04:30 PM
Kalau pemimpin tertinggi dah di tahan..siapa pulak yg keluarkan kenyataan bagi pihak GISBH ni ye
Quote pocongkiutss 20-9-2024 04:37 PM
tukul replied at 20-9-2024 04:07 PM
Apasal diaorang ni semua gundu2

Duit harom if aniaya org
Quote jiwasemangat 20-9-2024 05:05 PM
Kiahlemau replied at 20-9-2024 04:30 PM
Kalau pemimpin tertinggi dah di tahan..siapa pulak yg keluarkan kenyataan bagi pihak GISBH ni ye

Kata nya.. dia org memang dah ada team loyer sundirik. So maybe loyer dia yg bagi kenyataan.
Quote edayildiz 20-9-2024 05:11 PM
dorg ni kira penunggang la kn..
ke bkn semua jht?
Quote Bfjsmbcksbxj 20-9-2024 05:15 PM
Semoga Allah tunjuk kebenaran Dan harap jika memang bersalah dikenakan hukuman setimpal. Kesian dekat anak-anak.
Quote syamzana 20-9-2024 05:27 PM
edayildiz replied at 20-9-2024 05:11 PM
dorg ni kira penunggang la kn..
ke bkn semua jht?

yg kecik2 tu je la considered tak jahat.
yg muda mudi (generasi cucu) tu maybe la pemikiran dah dipasak dari kecil so anggap normal sbb berlaku disekeliling derang.
generasi nasiruddin ni keji melampau sbb waktu pembubaran arqam, penangkapan ashaari derang dah wujud. mesti la tau ajaran ni sesat. kalau tak, takkan la ayah dia tu org tgkap. dah mampus pun masih menyusahkan org lain lagi yg keluar dari group pun sampai ke tua trauma.
Quote dua_chzy 20-9-2024 05:28 PM
Tanak. Weol nak speku juga.
Quote ultra78 20-9-2024 05:37 PM
Sungguh misteri. Siapakah lelaki ini?



Quote hokeypokey 20-9-2024 05:52 PM
gemok boroi buncit makan apakah??? Macam ni konon tokoh agama melahap macam kim jong un, badan macam babi, sekian laharan iolss
Quote sukacactus 20-9-2024 05:53 PM
Huh! Nak speculate apa lg
Bkn org xtau sapa n sebab apa kena tahan pun
Quote silance 20-9-2024 05:59 PM
"Hasil serbuan serentak di empat kediaman berasingan telah berjaya menahan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya serta 17 individu lain masing-masing berusia 25 hingga 65 tahun di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Kumpur."

Empat kediaman berasingan di jalan Imbi - so, diorang duduk sana tempat elite, exclusive berapa cost sewa /beli sebulan?

babies / kanak-kanak letak di rumah anak yatim tak terurus, tilam buruk bersusun bertindan, crowded, tak conducive, diliwat seniors....

Semoga masuk penjara.
Quote ultra78 20-9-2024 06:18 PM
Tengok perut pun dah tahu siapa..
Quote honam 20-9-2024 06:25 PM
rumah banglo ke condo kat kawasan tu?
Quote alesandra 20-9-2024 06:43 PM
honam replied at 20-9-2024 06:25 PM
rumah banglo ke condo kat kawasan tu?

Jalan imbi bukit bintang ada banglo ke?
Quote alesandra 20-9-2024 06:43 PM
Kemain ye dok kt bukit bintang.
Quote misszazaz 20-9-2024 06:46 PM
hhrrmmmm
Quote suri33 20-9-2024 07:05 PM
Baca dkt tele ES. Luar biasa Malaysia ni. Byk sapu bawah karpet. Bkn takda report berkaitan dorg sebelum ni. Hmm kecewa. Malas la nk beranak pinak dah, negara makin ngeri. Hahaha.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066956 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top