CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun miliki 95,000 penduduk usia lebih 100 tahun

21-9-2024 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13579| Komen: 10

 


TOKYO – Bilangan rakyat Jepun berusia 100 tahun dan ke atas melebihi 95,000 orang sekali gus rekod tertinggi, dengan hampir 90 peratus ialah wanita, demikian menurut data kerajaan hari ini.

Setakat 1 September lalu, Jepun memiliki seramai 95,119 orang berusia 100 tahun ke atas, meningkat 2,980 orang tahun ke tahun dengan 83,958 daripada mereka ialah wanita dan 11,161 lelaki, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Kelmarin, data berasingan kerajaan menunjukkan bilangan penduduk berusia lebih 65 tahun mencatat rekod tertinggi seramai 36.25 juta orang atau  merangkumi 29.3 peratus populasi Jepun.

Pecahan itu menjadikan Jepun berada di tempat teratas  senarai 200 negara dan rantau yang memiliki lebih 100,000 penduduk, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Jepun ketika ini adalah negara kepada orang paling tua di dunia yang masih hidup, Tomiko Itooka. Itooka lahir pada 23 Mei, 1908 dan berusia 116 tahun, kata Kumpulan Penyelidikan Gerontologi  berpangkalan di Amerika Syarikat.


Pemegang rekod sebelum ini, Maria Branyas Morera meninggal dunia di Sepanyol pada bulan lalu ketika berusia 117 tahun.

Dalam pada itu, populasi Jepun berjumlah 124 juta  selepas merosot 595,000 pada tahun sebelumnya, demikian menurut data kerajaan sebelum ini. – AFP 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opheoss 23-9-2024 03:56 PM
Unlock exciting achievements and rewards as you progress in block blast.
Quote ultra78 23-9-2024 04:12 PM
Rakyat Malaysia memang sukar nak cecah 100 tahun. Puncanya adalah pemakanan.Lebih-lebih lagi jenis yang spend RM400 utk makan di restoran nasi kandar.
Quote ninja boy 23-9-2024 05:28 PM
Hidup lama2 susah juga kalau x boleh kerja kwsp dah habis melainkan ada kebun sawit dan rumah sewa 10 pintu
Quote kakikuDibibirmu 23-9-2024 05:52 PM
saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun tersenyum sinis
Quote capiloton 23-9-2024 06:05 PM
ultra78 replied at 23-9-2024 04:12 PM
Rakyat Malaysia memang sukar nak cecah 100 tahun. Puncanya adalah pemakanan.Lebih-lebih lagi jenis y ...

benerr.
rakyat msia ni kaki makan.
kat mana2 kedai penuh orang.

orang jepun kurus2, makan nasi pakai mangkuk kecik.
payah jadi tembun/gemok.

org msia makan nasik guna pinggan size dulang/talam,
payah nak kurus

belum kira process food, kuih2, roti2, dan lelain,
yang banyak jenis tak terkira. terlalu banyak pilihan.
sorga donia.
Quote kakikuDibibirmu 23-9-2024 06:06 PM
capiloton replied at 23-9-2024 06:05 PM
benerr.
rakyat msia ni kaki makan.
kat mana2 kedai penuh orang.

Negara lain kebulur mati tak makan, tapi kita mati kerna banyak makan



[youtube]CYFEp60Ebx0[/youtube]
Quote syamzana 23-9-2024 06:17 PM
lamanya hidup....
kalau msh segar nak urus diri cukup duit utk tmpg hidup ok je
Quote Bergosip 23-9-2024 07:03 PM
ninja boy replied at 23-9-2024 05:28 PM
Hidup lama2 susah juga kalau x boleh kerja kwsp dah habis melainkan ada kebun sawit dan rumah sewa 1 ...


kalau dekat jepun, yang tua2 dah bongkok pon masih kerja uols


masa i pergi kyoto, ada sorang nenek ni dah bongkok sangat2 badan dia tapi masih kerja (kedai roti). umur dia dalam 80++. i lupa 86 ke 87 tahun. masa ni tahun lepas (2023)


kalau u explore japan dekat bahagian countryside, nanti pagi2 uols akan nampak orang tua2 pakai wheelchair/tongkat pergi kerja

kalau tokyo tempat orang muda. banyak club dan sesak

Quote Bergosip 23-9-2024 07:12 PM
capiloton replied at 23-9-2024 06:05 PM
benerr.
rakyat msia ni kaki makan.
kat mana2 kedai penuh orang.

orang jepun sangat menghargai rasa sebenar element2 setiap makanan. kurang guna seasoning.

kalau dia goreng udang tepung, yang penting adalah rasa udang tu. bukan rasa tepung. jadi udang kena fresh dan keluar rasa manis udang. tapi, kita malaysian pentingkan rasa sos cicah dan rasa tepung yang saluti udang tu. tak sah tanpa sos cicah haha

even makanan yang berasaskan mee pon, dorang pentingkan rasa mee tu dan bukannya sup yang celup2 mee tu


sebagai malaysian, seksa jugalah deria rasa ni bila pergi jepun. sebab makanan jepun rasa pure dan bland
Quote amyza 23-9-2024 08:00 PM
Haritu tengok video matsaleh ni berhijrah ke jepun. Seronok katanya, beranak free. Gomen kasi duit utk setiap anak. Habit org jepun minum susu colostrum pagi2, teringin pulak nak rasa masa baby dulu minum susu mak tak tau rasa mcm mana janji kenyang

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.094011 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top