PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar ‘kemewahan’ dua pegawai rendah Jabatan Imigresen (JIM) Gred KP22 dan KP19 selepas menemui hampir RM800,000 wang tunai di kediaman suspek yang disyaki hasil aktiviti counter setting. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, serbuan yang dilakukan di Pahang dan Melaka itu adalah siasatan susulan berhubung penglibatan pegawai penguat kuasa dalam sindiket membawa warga asing ke negara ini melalui saluran tidak sah. Daripada jumlah itu katanya, RM518,250 wang tunai telah ditemui di bilik tidur pegawai kanan wanita JIM Gred KP22 yang disimpan di dalam bagasi di bilik tidur rumahnya di Pahang. Selain itu, sejumlah RM248,443 lagi wang tunai turut ditemui disorok di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 yang berada di Melaka. Untuk rekod, gaji pegawai imigresen Gred KP22 adalah sekitar RM2,200 hingga RM4,700 sebulan, manakala pegawai Gred KP 19 adalah sekitar RM1,300 hingga RM4,000.
“Jumlah wang tunai yang ditemui di kediaman kedua-dua pegawai berkenaan merupakan sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita terhadap penguat kuasa yang terlibat sindiket counter setting,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam. Beliau menambah, SPRM turut menyita sebanyak AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696). “Selain wang tunai, kita juga menyita 22 unit kenderaan pelbagai jenis iaitu sembilan kereta dan 13 motosikal. “Sebanyak 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 turut disita daripada pegawai imigresen kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan,” katanya lagi. Azam memberitahu, SPRM telah menyita lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang selain 12 jam tangan pelbagai jenama. “SPRM membekukan sebanyak 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta,” katanya. Dalam pada itu, Azam berkata, seorang pegawai kanan JIM yang juga dalang utama kepada sindiket counter setting terbabit dijangka dituduh di mahkamah pada awal Oktober depan selepas SPRM melengkapkan laporan siasatan. Katanya, lelaki berusia awal 40-an yang disifatkan sebagai individu berpengaruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diberkas SPRM pada 5 September lalu selepas dipercayai melarikan diri sebaik operasi bermula. “Dia salah seorang yang kita tangkap (dalang utama), dia mengawal lebih kurang 50 pegawai sebab dia yang berpengaruh, dia focal person untuk menjadi perantara. “Ia supaya pegawai imigresen terlibat melaksanakan apa yang diarahkan oleh beliau,” katanya. Kosmo! sebelum ini melaporkan, seramai 12 individu termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi pengutkuasaan telah ditahan oleh SPRM pada 20 Ogos lalu selepas terlibat dalam sindiket penyeludupan dengan melepaskan warga asing di pintu masuk negara tanpa perlu melalui pemeriksaan sejak 2022. Antara warga asing yang sering dibawa masuk menerusi modus operandi counter setting di lapangan terbang itu adalah dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan dan Nepal. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Goodluckdontcry replied at 21-9-2024 12:55 PM
Mmg pengkhianat..org mcm ni, xpatut dibiar hidup..atau pergi je la humban dekat pulau mana2 yg terpe ...
zuriey replied at 21-9-2024 10:25 AM
Benda ni dah lama pun
Bila pendatang tu sampai airport agent akan bagi info counter mana patut pergi ...
ADVERTISEMENT