CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Selebriti Pernah Dicop ‘Kekwat’ Dan Dituduh Menyombong Dengan Peminat

21-9-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24614| Komen: 185

 


LUMRAH bergelar selebriti, pasti berdepan dua kelompok pemerhati sama ada yang meminati, mahupun pembenci disebabkan beberapa faktor.

Dalam kalangan figura popular itu juga terdapat yang bijak melayan peminat, namun sebilangan lagi menetapkan prinsip diri mereka bukan milik masyarakat.

Bahkan ada juga yang berpegang utuh dengan prinsip ini terlampau menjarakkan diri sehingga tercetus salah faham apabila peminat menganggap mereka sombong.

Tanpa peminat siapalah artis, barangkali itu yang perlu dihadam segelintir artis yang meletakkan batasan antara diri dan pemuja bakat mereka.

Minggu ini Gala menyenaraikan beberapa selebriti yang pernah dicop ‘kekwat’ atau sombong hanya disebabkan salah faham atau terlepas cakap.



Zul Arifiin

Nama pelakon Zul Ariffin bukan kali pertama terpalit isu sombong dengan peminat bahkan secara terang-terangan menolak permintaan peminat untuk bergambar.

Sebelum ini, seorang peminat mendakwa aktor bertubuh sasa itu dengan kasar menolak permintaan peminat untuk merakamkan foto bersama di sebuah restoran di Sabah.

Menurut individu tersebut, Zul meminta mereka menghormati dirinya dengan alasan tidak selesa bergambar ketika sedang menjamah makanan.
Meskipun isu tersebut sudah lama, impaknya masih diperkatakan sehingga kini apabila stigma artis sombong selepas popular melekat dengan pelakon berusia 37 tahun itu.

Seperti yang selalu diamalkan segelintir artis, Zul tampil menafikan segala tuduhan tersebut dan menyifatkannya tidak benar sama sekali.

Penulis sedar artis juga insan biasa. Ada ketikanya mereka penat dengan kerja yang dilakukan, namun bukankah itu jalan yang mereka pilih apabila bergelar selebriti.



Meerqeen

Artis muda yang satu ini tidak perlukan pengenalan panjang. Selain drama dibintanginya, ada sahaja kontroversi yang menjadikan dirinya titik tumpuan ramai.

Karier kini di puncak, timbul isu kurang enak apabila pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam itu didakwa semakin sombong sekiranya diajak berbual dan bergambar dengan peminat.

Malah ada juga yang berpendapat, sikapnya sudah berubah dan tidak lagi membumi seperti di awal kemunculan.

Tampil menangkis segala tuduhan, jejaka berusia 23 tahun itu menegaskan tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa memenuhi permintaan peminat untuk bergambar meskipun pada waktu kurang sesuai seperti ketika menjamu selera.




Nad Zainal

Turut tersenarai dalam Gala minggu ini adalah pelakon Nad Zainal yang tidak pernah surut dilabel sombong dan gemar ‘mencuka’ ketika berjumpa peminat.

Sebelum ini, seorang peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang seolah-olah tidak perasan apabila disapa.

Individu tersebut menyatakan dia sudah melambai dan senyum kepada pelakon itu beberapa kali, namun tetap tidak diendahkan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan tersebut selain mendedahkan pernah berdepan situasi sama ketika bertemu aktres berusia 34 tahun.

Bukan itu sahaja, terdahulu, pelakon Cina Buta dan suaminya yang juga pelakon Ungku Ismail tampil sebagai selebriti jemputan di sebuah festival sempena Syawal di Putrajaya, tahun lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Januari tahun lalu itu juga didakwa ‘kekwat’ atau sombong apabila tidak membalas senyuman dan sapaan peminat.




Ben Amir

Lebih sedekad mencanai bakat sebagai pelakon, Ben Amir juga pernah terpalit kontroversi termasuk layanannya terhadap peminat peminat.

Pelakon filem Rebel itu dilabel sombong apabila ‘mencuka’ diajak bergambar bahkan sanggup menolak pelawaan tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat berpendapat kelantangannya dalam media sosial tidak sama dengan pembawakan dirinya di luar.

Tidak berdiam diri, jejaka berusia 33 tahun itu menempelak segala tuduhan yang disifatkan sengaja menjejaskan reputasinya.

Katanya, tiada sebab untuk dia bertindak sedemikian kecuali berada dalam situasi kecemasan atau perlu bergegas ke lokasi penggambaran.

Namun respons netizen tetap sama, jejaka tinggi lampai itu dikritik sengaja memberi pelbagai alasan demi menutup keegoannya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-9-2024 12:15 PM
Ada lagi tak list lain? Nak tau jugak
Quote Perawankota 21-9-2024 12:16 PM
Ada lagi tak list lain? Nak tau jugak
Quote Manusiabesa 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi keledek. Kekwat2 nk ke mana..  x worth it. Klu dduk area aku ni, org target dia ni jual air tebu tepi jln ptg2 je.. xpun jenis team cuci rumah sejam rm200
Quote sharlenetexas 21-9-2024 12:23 PM
Nak list yg tak kekwat pula.


Quote akuHavocczz 21-9-2024 03:00 PM
Pernah jumpa keempat empat
1. Nad zainal asyik busy main phone
2. Ben mmg jenis malas layan orang. Fans dia tengah terkinja pun dia layan tak layan je
3. Zul, okay je. Cara dia je macam arrogant. Approach dia ok je
4. Meerqeen pernah jumpa dia kat event 2 kali. Kali pertama kurang ajar tunjuk middle finger atas stage. Kali 2 jumpa okay je.

Well pelakon what do you expect? Luar dalam pandai berlakon. Ada yang tunjuk baik padahal belakang fans kutuk pun ada jugak.
Quote Buritan 21-9-2024 03:06 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...

Hahaha muka bawang ko kataa.  Terus aku scroll balik atas pas tu letak sebelah bawang dgn muka nad..
Quote LaskarHijayu 21-9-2024 03:15 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...

Pedihnya tang muka mcm bawang merah kat dapo tu
Quote Hoola 21-9-2024 03:21 PM
Edited by Hoola at 21-9-2024 03:24 PM

eleh retis if nk mnyombong, achik lg leh buat muka diva
xkuasa haku!!puihh

achik pilih2 retis je if nk senyum or selpie
of coz yg gred A dan berstatus lejen

(yg psti dulu pnh ada retis pmpuan yg perati je achik bila jln selisih dgn depa. mesti depa ingt achik makdatin or somebody)tp aku xtgur pun depa kihkih
sapala kita khuennn
Quote edayildiz 21-9-2024 03:24 PM
yeahh abg julripin..i suka dia berlakon walaupun mulut dia mcm ada emas seketul kan
mcm macho la..
last tgk cite dia polis ngn mekjurah....
i tunggu deyols lakon sesama cite romantik..
Quote drivethru 21-9-2024 03:29 PM
Host MMA. Depan kemera nampak peramah dan mesra dgn audience terutama kanak2. Tapi hakikat nye sombong dan mesra langsung.
Quote surihatilara 21-9-2024 03:48 PM
Wah, perkataan ‘membumi’ ek?
Quote Kurex 21-9-2024 04:54 PM
aku tak kuasa nak murahkan diri utk menunduk ke artis. artis lalu sebelah aku pun aku bolayan
Quote Kurex 21-9-2024 04:56 PM
walaupun iols kurang minat lizah, tapi she antara artis yg tak sombong. masa ABPH iols pernah buat baju utk she, dia sgt baik. yg kurang dekat lizah tu sebab kawen bewak anak beranak, dewi dan zoners
Quote tuntasha 21-9-2024 05:00 PM
tiap kali nama Meerqeen keluar teringat aku nama binatang  - Meerkat




Quote amyfaha 21-9-2024 05:15 PM
Tambah lagi satu fattah amin. Xpernah respon coment2 walamin. Kesian fan2 gila yg gigih mengomen
Quote nsagb 21-9-2024 06:17 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...

Nangis nad zainal kalau baca niiihhh kikiki
Quote jihah_kudat 21-9-2024 07:12 PM
drivethru replied at 21-9-2024 07:29 AM
Host MMA. Depan kemera nampak peramah dan mesra dgn audience terutama kanak2. Tapi hakikat nye sombo ...

Host MMA siapakah tak dapat teka kasi hint lagi..yg aku pernah baca host AF yg tak mesra orang yg sama kah..
Quote jihah_kudat 21-9-2024 07:13 PM
akuHavocczz replied at 21-9-2024 07:00 AM
Pernah jumpa keempat empat
1. Nad zainal asyik busy main phone
2. Ben mmg jenis malas layan orang. F ...

why meqen buat midle finger acah2 mesra penonton ke apa..
Quote asfaz 21-9-2024 07:33 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2024 12:19 PM
Nad tu utk apa la sombong? Xberbaloi lgsg. Muka mcm bawang merah kt dapo aku je. Kdg2 nmpk mcm ubi k ...


Yg kesian kat dia masa sakit dlu mau nyesal.

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.109939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top