CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Akui Jatuh Cinta Dengan Kecantikan Riena Diana – "Kau Tak Pakai Filter Pun Lawa Gila. Lawa Teruk!"

22-9-2024 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9774| Komen: 34

 


Sejak kebelakangan ini, pasangan pelakon Riena Diana dan Keith Foo sering melakukan siaran langsung bersama di media sosial.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Keith memuji kejelitaan wajah Riena meskipun tidak menggunakan sebarang ‘filter’ malah keanggunannya disifatkan semula jadi.


"Kau tak pakai filter pun lawa gila. Lawa teruk!"

"Kau patut bersyukur mempunyai kecantikan yang semula jadi. Itu adalah perkara pertama yang membuatkan aku jatuh cinta. Itu fakta bukan auta."

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal kelihatan tersipu malu apabila dipuji.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 26 tahun itu mengakui mereka mula menjalin hubungan cinta ketika bergandingan di dalam sebuah drama.


"Mula bercinta dekat set penggambaran, memang cinta lokasi pun. Bila dah habis penggambaran pun kita masih lagi bersama."

Terdahulu, Riena mengakui tidak mahu terburu-buru dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Keith.

Riena juga menafikan dakwaan bahawa hubungan cinta mereka adalah atas tujuan mempromosikan drama bersiri Salju Rindu.

Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.


Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-9-2024 01:09 PM
....lawa dimata dia..biarlah......moga berjodohan dan berkekalan..jgn lama2
Quote Manusiabesa 22-9-2024 01:15 PM
Haram xlawa. Overrated nau. Pas kawen setahun cerai siap hang aku cincang lumat2.

Btw keith foo ni mmg terlalu serasi dgn kimchiraymond sahaja. Tersangat2 serasi. Pempuan ni xlawa. Muka mcm dulang nasi arab. Leper2 bulat2 mata bulat. Xlawa lgsg.
Quote anilanil 22-9-2024 01:28 PM
Consider lawa la sbb dlm Kampong People tak pakai make up pon still tak sakitkan mata penonton dgn muka kawah bulan. Skin tone pon tak kelabu asap. Zaman debut scha tatoo, mr grey & pompuan tentang bulan haiyo sakitnya mata aiols nengok make up kelabu asap masing2. Kalo tanned skin tone it's okay jer kalo tak berbedak tone fair medium. Pakai je bedak yg tone gelap. Lagi lawa kot kalo muka tak kelabu.
Quote fattymah 22-9-2024 02:22 PM
Iols suka perangai gini.. lawak2.. kiut
Quote ninja boy 22-9-2024 02:33 PM
Jadi retis mmg le kena lawa dan ikut watak
Termasuk makcik bawang dlm drama pun pilih pelakon mulut jenis becok
Kecantikan sekejap ja la 10 tahun, tak takut ka bila sudah gemuk berkedut kena tinggal laki cari lain
Quote viva_gerl 22-9-2024 03:05 PM
Manusiabesa replied at 22-9-2024 01:15 PM
Haram xlawa. Overrated nau. Pas kawen setahun cerai siap hang aku cincang lumat2.

Btw keith foo ni ...

Serasi mcm mana tu dgn Kim Raymond? They are both frm different worlds. Kim is old money rich. They are frm different background. I'm not surprised they split. KF can't keep up with her high life.
Quote kakasotong 22-9-2024 03:10 PM
Xtaw kenapa tp meols suka tengok 2 orang ni nampak sesuai. Keith ada vibes boifren yg super protective bila dengan Lailerrr ni. Moga berjodohan hingga ke jinjang pelamin
Quote cucutokwan89 22-9-2024 03:12 PM
Edited by cucutokwan89 at 22-9-2024 03:14 PM

Harap happy ending (baca: masuk Islam) ..gitew doanya  
Quote hokeypokey 22-9-2024 05:31 PM
riena ni mmg taste si keith ni, dia suka pompuan kecik kurus muka tirus macam ex dia kim jugakkk sedangkan dia muka petak badan petak
Quote jalfa 22-9-2024 07:51 PM
Dah pernah tgk irl.org pandang dua kali sebab rambut karat nau kecik je RD ni.
Quote Olumis 22-9-2024 08:27 PM
Lol. Belum kahwin masih fasa semuanya indah memang la lawa. Btw, kieth ni byk red flags. Tp if riena dah suka dan sanggup takpe la. Semoga sekufu dan sefahaman if jadi ke jinjang pelamin.
Quote anony-mous 22-9-2024 09:33 PM
Biasa gila kot muka RD ni
Quote missyL 22-9-2024 09:48 PM
Die mmg lawa
Quote tahanie 22-9-2024 10:37 PM
Diorang cakap aku-kau eh. Cantik dia. Tapi terlalu tunjuk bercinta pun bosan
Quote Carcosa 22-9-2024 10:38 PM
Kenapa aku susah nak percaya diorang ni couple??
I'm not buying it. Saja nak lariskan drama, tapi tak laris pun, sbb aku x teringin langsung nak tgk.
Quote siasia 22-9-2024 10:48 PM
Tengah angau semuanya indah
Quote L.U.S.M 22-9-2024 10:54 PM
Riena ni sebijik rupa kawan aku..cuma kawan aku tu flat bdn mcm epot...
Quote Duta lover 22-9-2024 11:38 PM
Muka keith foo nampak tak happy
Quote awenda507 22-9-2024 11:52 PM
Terpaling berchentaaaahhhh

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.051239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top