Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Thread, perunding hartanah yang dikenali sebagai Nur Fathya meluahkan rasa kurang setuju dengan pandangan aktres itu. Menurutnya, meskipun rumah tersebut bersaiz kecil tetapi nilainya akan meningkat dari tahun ke tahun. Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contoh lah. Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja. Jelas individu ini lagi, rumah adalah tempat tinggal dan ia merupakan keperluan asas yang perlu bagi setiap manusia. Malah, rumah juga adalah satu aset dan pelaburan jangka masa panjang. Rumah ni, keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli? Emas dan rumah adalah aset dan ianya berbeza dengan liabiliti. Aset ni beli hari ini, untung kemudian. Liabiliti beli hari ini tapi esok nak jual hargda dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tu tapi rumah makin lama, makin naik nilai. Tambahnya lagi, pemilihan lokasi adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak. Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk membeli rumah kerana saiznya yang kecil dan mahal malah bimbang akan berdepan kesukaran untuk menjualnya kelak. Diana kemudian memberitahu dia lebih memilih untuk melabur dengan membeli emas berbanding rumah. Sumber: Platform Thread Nurfathya
|
ultra78 replied at 23-9-2024 06:59 AM
Apabila dua extreme bercakap. Kebenaran berada di tengah-tengah. Bila ada orang cerita ada rumah yan ...
_kelly replied at 23-9-2024 01:26 AM
iols notice property agent skrg ni tumbuh bak cendawan ya..pakat nampak komisen boleh kaya cepat ke ...
Leo_Tigris replied at 23-9-2024 07:46 AM
Maybe pakat teruja tgk cerita2 realiti pasal realtors kat Netflix kot. Selling Sunset, selling a ...
n3ar replied at 23-9-2024 08:55 AM
aku tak sokong DD, tapi si REIT pun pandai gak ambil peluang..
1st, kau at least kena ada rumah 1 b ...
ultra78 replied at 23-9-2024 06:59 AM
Apabila dua extreme bercakap. Kebenaran berada di tengah-tengah. Bila ada orang cerita ada rumah yan ...
ADVERTISEMENT