Padah tak guna laluan motosikal SHAH ALAM - Tindakan dua lelaki tidak menggunakan lorong motosikal membawa padah apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta dalam kejadian di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang maut adalah pembonceng motosikal, Tan Swee Han, 25, manakala rakannya, Siew Chee Keong, 40, dilaporkan mengalami kecederaan parah. Ketua Trafik Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, Chee Keong menunggang motosikal Honda EX5 di lorong paling kanan lebuhraya sebelum kejadian. Menurutnya, Chee Keong kemudiannya mengubah laluan ke kiri secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kereta Proton Iswara berusia 61 tahun yang berada di lorong berkenaan tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal tersebut. "Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke tengah jalan, sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta yang juga tidak sempat mengelak. "Swee Han parah di kepala dan badan, maut di lokasi kejadian, manakala, Chee Keong yang juga cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya, semalam.
|
pakwetizzaqyah posted on 8-7-2013 12:08 PM
cina ni mmg tk dengar kata...dah tu salahkan orang lain itu dan ini
pakwetizzaqyah posted on 8-7-2013 12:08 PM
cina ni mmg tk dengar kata...dah tu salahkan orang lain itu dan ini
ADVERTISEMENT