CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Untuk Apa Segala Perbandingan Ini?” – Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Ini Respon Cef Wan

24-9-2024 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31377| Komen: 48

 


Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan meluahkan rasa kurang senang dengan sikap individu yang cuba membandingkan dirinya dengan pempengaruh dan usahawan Khairul Aming.

Dalam satu hantaran Instagram, Cef Wan memuat naik video individu tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan membuang masa dan tidak wajar dilakukan.


"Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial."

"Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?"

Tulis Cef Wan lagi, jika sumbangannya dalam industri hiburan dan kulinari di negara ini tidak dihargai, perkara itu tidak menjadi kudis buat pemilik nama  Redzuawan Ismail itu.


"Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya."

"Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan."

Dalam pada itu, Cef Wan berkata dia tidak pernah berasa dengki dengan pencapaian Khairul Aming malah berbangga dengan kejayaan usahawan itu.

"Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan."

"Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah."

Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cawanmilosuam 24-9-2024 08:34 PM
ada persamaan.. 2 2 kelempuk
Quote Aribaariba 24-9-2024 09:36 PM
Semua manusia di dunia samadamasih hidup atau dah meninggal mempunyai pakej hidup yg berbeza. Xde sape blh dibandingkan dgn sesiapa yg lain. Yg penting berusaha menjadi the best di mata Allah
Quote dagusengett 24-9-2024 09:53 PM
Baru jumpa booth chef wan kat mihas haritu
Meriah betul
And my experience staf2 chef wan dari mgmt to operations to part timer mmg attitude bagus
I mesti support resto chef wan tapi takleh la selalu kita tak kayooo manapun haha
Quote L.U.S.M 25-9-2024 08:29 AM
cawanmilosuam: ada persamaan.. 2 2 kelempuk


Aku baru nk ckp benda sama.hahaha..xboleh ke kekal kekar jantan bila memasak tu..huhu
Quote Zeatyisaac 25-9-2024 08:54 AM
I pernah makan masakan chef Wan yang main campak2 je, tapi sedap giler. Waktu tu, baru tahu kenapa dia chef nombor wan.
While for khairul Amin, dulu2 ada orang pertikaikan resepi dia yang simple, tapi memang resepi khairul Amin simple2 je sebab resepinya untuk masakan orang bujang.
So, I welcome both.
Quote kucingitam 25-9-2024 09:27 AM
KA bukan Chef, apetah lagi ada sijil yang melaykkan dia dipanggil chef. tak leh la nak bandingkan pun. jauh sangat larinya. KA baru jumpa PM NZ je, while Chef Wan dah merantau seluruh dunia bawa negara Msia..so.. tak sama..
Quote azimodin 25-9-2024 09:33 AM
Dua2 market berbeza, skill pon berbeza. KA target dia makanan ready to eat, market untuk orang yg suka beli online. I dah pernah berperang sambal nyet, tbh rasa dia biasa2 je. Tapi i respek cara dia "naik" tanpa publisiti murahan. Chef wan pulak kegemaran makcik2. I dah pergi restoren dia 3 kali, 3 kali jugak la i balik dengan perut kenyang & hati yg senang. Mahal memang mahal tapi berbaloi kalau makan ramai2.
Quote areyam 25-9-2024 09:36 AM
chef wan dah tahap lejen.... xleh nak compare KA yg baru muda lagi....
Quote chandrahusin 25-9-2024 09:37 AM
Chef Wan dh taraf duta
merayau masak2 dgn chef2 1 dunia
KA target marhaen
siap ada kilang
boss yg super baik
jgn banding diorg
Quote da_vinci 25-9-2024 10:35 AM
knp nak banding2kan....yg manusia gi fwd kat chef one tu pun hanat gak....sajer nak baca chef one hamun ke apa....chef one tu dah tahap duta, donia dia dah tawan utk mesia, KA plak berjaya dlm kategori tersendiri....alahaiiiiii sonok ek nak melaga2 kan org
Quote edoraixora 25-9-2024 11:36 AM
buat perbandingan macam ni, tak pasal aje KA yg kena kutuk
dia x pernah claim pun diri dia terpaling chef
dia masak santai2 & menu simple2 jer
nak buat video masak2 tu pun kadang dia gugel dulu resipi
Quote syamzana 25-9-2024 12:01 PM
dah nape tak keje nak banding2 kan derang ni.
derang berdua tak kacau org pun.

makin bodoh content creator skrg ya
Quote Lapislazuli2912 25-9-2024 12:04 PM
Amende laa. Nak compare pun agak² la. Masing² dalam bidang masing². KA pun tak pernah ngaku dia tu chef. CW dah memang legend dalam dunia masakan. Ntah pape
Quote red_velvet 25-9-2024 12:07 PM
Langsung tak sama... Chef wan jauuuuuuuuhhhhhh lebih baik dari segi experience n ilmu ... KA bagus sebagai influencer n pastinya ilmu memasak dia masih terhad aebab dia bukan chef ..advantages KA sebab mendonia dalam zaman viral... Chef wan walaupun tv masa tu cuma ada 3 channel tapi setiap siri memasak heols bertunggu tangga makcik2  termasuk anak2 sekali duduk depan tv siap pen n kertas ye ... Termasuk la iols... Tolong salinkan resepi kuih raya untuk mak
Quote KBW2 25-9-2024 12:10 PM
Dua-dua sama rajin, sama berjaya. Beza tua dan muda serta peredaran zaman.
Quote Nnasda53 25-9-2024 12:14 PM
Tak yah banding2kan.
Yg iols nmpk sorang dah tua sorang masih muda.
Quote bambimo 25-9-2024 12:14 PM
Both of them hebat..Ada liga mereka sendiri..
Quote Kurex 25-9-2024 12:15 PM
beza nya sorang muda sorang tua. yg sama dua2 lembut dan minat wanita
Quote lightheaded67 25-9-2024 12:31 PM
motip sgt konten laga laga org

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.039214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top