KUALA LUMPUR – GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didapati tidak pernah membayar cukai hasil semakan dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu selari dengan siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. “Ini dikesan hasil kolaborasi siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama LHDN yang mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan. “PDRM menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan babit GISBH ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Hari ini, Kosmo! melaporkan reman Pengerusi Eksekutif GISBH merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya disambung empat hari lagi. Lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut menerima tempoh reman sama adalah 22 lagi individu tertinggi dalam pengurusan GISBH dianggarkan berusia 25 hingga 65 tahun. Reman bermula 26 hingga 29 September itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. Sumber – KOSMO! ONLINE |
grouper replied at 25-9-2024 10:45 PM
Mcm2 salah diorg ni nape skang baru nak dakwa n siasat...bukan ke dah lama polis n jakim tau diorg n ...
Nnasda53 replied at 26-9-2024 09:35 AM
Dengar2 zakat pun tak bayar inikan cukai.
ekselen replied at 26-9-2024 09:40 AM
sorry..iols tertekan report td.. henpon da bengong
ADVERTISEMENT