CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Saleha Anggun Di Seoul, Netizen Imbau Momen Siti Nurhaliza Ketika ‘Golden Melody Awards’ – ‘Benarlah Orang Bernama Siti Cantik Belaka’

26-9-2024 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40896| Komen: 49

 


Seperti yang diketahui ramai, aktres jelita iaitu Siti Saleha mengharumkan nama negara selepas dianugerahi trofi Bintang Asia Terbaik-Malaysia di Seoul.

Bukan itu sahaja, kecantikan Siti Saleha yang menggayakan gaun kuning cair ketika acara karpet merah di anugerah berkenaan juga telah mencuri perhatian wargamaya di seluruh negara.

Kecantikan Siti Saleha itu juga telah mengimbau kembali nostalgia seorang pengguna aplikasi X akan momen penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu hadir ke acara karpet merah Golden Melody Awards yang diadakan di Taipei, Taiwan pada tahun 2004.

Menerusi ciapan yang dibuat, pengguna tersebut memuat naik semula gambar Tokti dan Siti Saleha yang turut menggunakan pakaian berwarna kuning dan menggayakan gaya rambut yang seakan sama.

 


"Inilah dia gambar Siti Siti Nurhaliza sewaktu berada di karpet merah Golden Melody Awards 2004 di Taipei, Taiwan dan gambar Siti Saleha sewaktu berada di karpet merah Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.

"Benarlah orang bernama Siti ini cantik-cantik belaka."

Ciapan tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut memuji kecantikan yang ada pada Siti Saleha dan Siti Nurhaliza.

Sekadar info, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum telah diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia atas lakonannya menerusi drama bersiri ‘SeOfis’.

 

Sumber:  Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 27-9-2024 12:04 AM
Abis Siti Kassim tu cantek ke?
Quote hujanrindu28 27-9-2024 01:32 AM
She memang cantik sebab mix[em:4:]
Quote imransulaiman 27-9-2024 02:16 AM
slyfynx: Abis Siti Kassim tu cantek ke?

Hahahaha!
WAKAKAKAKAKA!
Adoiiiii lah! Ko ni kan!!
Quote shida81 27-9-2024 06:19 AM
slyfynx replied at 27-9-2024 12:04 AM
Abis Siti Kassim tu cantek ke?

Hahahhahaa... Bodo la ko....
Tersedak ak Pg2 buta
Quote Kancilkering 27-9-2024 08:07 AM
siti tu bukan macam sharifah kan….
Quote cm_vungtau 27-9-2024 08:10 AM
Orang nama Siti tu cantik? Ko makan gam apa dik?
Quote annehuda 27-9-2024 08:13 AM
My honest opinion, dress siti saleha malam tu mcm pelik kt bahagian perut. Tp nk kata she cantik, mmgla suma ciptaan Allah cantik-cantik belaka
Quote IzzahF 27-9-2024 08:19 AM
slyfynx replied at 27-9-2024 12:04 AM
Abis Siti Kassim tu cantek ke?

mak aihhhh


Quote IzzahF 27-9-2024 08:20 AM
adik beradik siti nurhaliza semua nama siti...cantik tak?
Quote A-Are 27-9-2024 08:24 AM
cantik sangat tgk siti saleha ni...kita yg perempuan pon terpegun, lelaki apetah lagi...huhu
Quote IzzahF 27-9-2024 08:28 AM
she duduk sebaris dgn korean tu semua terus nampak dorang semua busuk je mcm tak mandi. walhal dlm tv nampak dorang lawa sgt2

sebelah saleha auto jadi muka awam je semua
Quote Prickford 27-9-2024 08:28 AM
Good point kat Tokti sebab pakai busana tradisional.
Quote lightheaded67 27-9-2024 08:41 AM
mcm pernah tgk daiyan pakai style.gini kan tp dua dua pakai helok ler,idok le nk compare pon. kabo je
Quote cattiecute 27-9-2024 08:48 AM
IzzahF replied at 27-9-2024 08:28 AM
she duduk sebaris dgn korean tu semua terus nampak dorang semua busuk je mcm tak mandi. walhal dlm t ...

kan.
penyet2 awam2 je
harapkan putih je la
memang terpelanting jauh la yang korean actress atas stage dengan leha tu
iols tak tau pompuan tu nama apa tappi basic betul mukanya
Quote msdummy.2018 27-9-2024 09:09 AM
annehuda replied at 27-9-2024 08:13 AM
My honest opinion, dress siti saleha malam tu mcm pelik kt bahagian perut. Tp nk kata she cantik, mm ...

Bab ni i puji betulll saleha tuh..at least nmpk saleha cntik semula jadi dr barisan lain yg pki surgery..
Quote jalfa 27-9-2024 09:12 AM
Leha stunning dgn dress tu..memang cantik agt walo dah kertu
Quote Lampuled 27-9-2024 09:28 AM
Lawa..innershine diaorg ni. Lawa tu bonus. Yg penting perangai elok tak angkuh mmg akan sentiasa nmpak lawa.
Quote Kurex 27-9-2024 09:57 AM
yg petik nama lizah ni mesti bapok2 tua zoners
Quote dazzlingDentist 27-9-2024 10:06 AM
org lain yg trending dipuji org luar, org lain pulak dipetik org sini. nk jugek bg kredit kt kesayangan dia. JOY KILLER laaa oii.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.304229 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top