Suasana gamat di konsert sulung Noraniza Idris, Konsert Qalam yang berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka di sini, malam tadi bertukar hiba selepas Ratu Irama Malaysia itu menitiskan air mata di atas pentas ketika memberikan penghargaan kepada komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah. Wanita yang lebih mesra dibahasakan Kak Ani itu berkongsi perjalanan berliku diharunginya bersama Allahyarham Pak Ngah atau nama Datuk Suhaimi Mohd. Zain yang berhasrat mengadakan konsert sejak album Ala Dondang dikeluarkan pada 28 Julai 1997 lagi. Setelah tiga dekad dalam industri dan enam tahun pemergian Pak Ngah, akhirnya janji yang pernah dibuat bersama suatu ketika dahulu dapat ditunaikan dengan sokongan pelbagai pihak yang masih tidak melupakan irama tradisional. “Kak Ani telah berjanji dengan Pak Ngah sejak tahun pertama nak buat konsert bersama, daripada Konsert Ala Dondang, nama tu pun daripada album (kemudian) tukar Konsert Mahsyur, tukar (lagi) Konsert Seri Balas mengikut album.
“Sepanjang tahun bertukar dan bertukar, sebab masalah penaja, memang daripada dulu sampai sekarang susah nak cari penaja walaupun (bergiat aktif) bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas usai hari kedua Konsert Qalam yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu. Konsert Qalam itu merupakan sebuah persembahan berkonsepkan pertandingan tarian tradisional dalam konsert di mana Noraniza Idris menyanyikan 28 buah lagu hits yang dibahagikan kepada 12 segmen. Antara lagu-lagu popular didendangkan kepada peminat adalah Awallah Dondang, Hatinya Tak Tahan, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Dikir Puteri dan Joget Dondang Sayang. Ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada rakan artis yang lain, Kak Ani mengakui setakat ini dia masih belum mempelawa mana-mana penggiat popular untuk terlibat sama dalam perjuangan tersebut kerana bimbang dengan persepsi diberikan terhadap genre muzik berkenaan. “Penglibatan selama 30 tahun ini Kak Ani tak buka kepada artis yang lain, Kak Ani tak tahu macam mana dia orang punya persepsi lah terhadap program yang macam ini. Mungkin lain orang lain cara. “Macam artis Kak Ani, mereka memang ikhlas berkarya sampaikan kalau kita buat program mereka akan utamakan dulu Kak Ani nak buat apa dan mereka datang membantu, sebab kalau nak buat konsert melibatkan artis-artis yang popular selitkan dengan Irama Malaysia ini pun susah. “Mereka pun ada kadar bayaran yang kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mampu tampung, sebab tu Kak Ani ke depan berkorban segala-galanya pasti setiap tahun dapat anjurkan program CSR, cuma tahun ini dia berjaya jadi konsert,” jelasnya.
|
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...
refleCtion replied at 30-9-2024 12:28 PM
dah tgk bbrp klip konsert... mmg layak kak ani ratu etnik irama tradisional malaysia...x rugi sheols ...
ADVERTISEMENT