CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arus setinggi 15sm boleh tumbangkan orang dewasa, 60sm mampu hanyutkan kereta

1-10-2024 12:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45335| Komen: 8


 


PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai terutama di kawasan yang terjejas banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.

PHM menerusi perkongsian di Facebook berkata, tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir boleh membahayakan keselamatan.

“Walaupun nampak cetek, arus setinggi 15 sentimeter (sm) sudah cukup untuk menjatuhkan orang dewasa, manakala arus setinggi 60sm boleh menghanyutkan kereta.

“Jika terpaksa menyeberang, cuba cari laluan yang lebih cetek atau tidak berarus. Jika perlu berjalan melalui air, gunakan tongkat atau kayu panjang untuk menguji kedalaman,” kata PHM.

Selain itu, PHM turut memesan agar sentiasa memakai jaket keselamatan atau peralatan yang boleh membantu untuk terapung ketika meredah arus banjir.


“Selalu cari laluan yang lebih selamat atau tunggu bantuan jika keadaan terlalu berbahaya,” pesan PHM. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 1-10-2024 09:40 AM
baru2 ni banjir kat kg aku, air sungai naik melimpah sampai ke sawah lepas tu tutup jalan besar. Air sampai paras peha. Kereta dgn motor memang xboleh lalu. Terpaksa jalan kaki harung air banjir.  tu pun aku puas mengucap sebab air deras.
Quote Belibis 1-10-2024 08:44 PM
Biar betikkkk..15cm tu baru sejengkal...takkan orang dewasa boleh tumbang.
Quote airfilterkotor 1-10-2024 09:32 PM
Belibis replied at 1-10-2024 08:44 PM
Biar betikkkk..15cm tu baru sejengkal...takkan orang dewasa boleh tumbang.

Arus yang dimaksudkan tu jenis arus air yang deras.
Quote Rogue98 1-10-2024 09:37 PM
Gambar atas tu sampai pinggang...kat mana tu..
Hati2 semua.
Quote Belibis 1-10-2024 10:40 PM
airfilterkotor replied at 1-10-2024 09:32 PM
Arus yang dimaksudkan tu jenis arus air yang deras.

Faham la arus deras..tapi kalau takat buku lali,takdenya nak hanyut.lainla paras lutut.
Quote tungkai 1-10-2024 10:51 PM
Kelajuan arus air guna measurement ketinggian ke?
Quote ninja boy 2-10-2024 01:01 AM
pakai cm x paham pakai meter 0.600m atau 0.150m baru paham
Quote ninja boy 2-10-2024 01:09 AM
Itu m3/s

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043676 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top